Baru berkesempatan terbang ke Malaysia untuk mengambil kad dari Nur. Terima kasih Nur atas lovely card ni comeiiii dan penuh makna ni...semoga persahabatan di alam maya ini terus berkekalan hendaknya, insyaallah... and you hold a piece of my heart 2!
Inilah hadiah yang E-na dapat daripada contest (bole tgk kt sini) yang dianjurkan oleh blog Linda. Tq sooo much Linda untuk hadiah yang banyakkk ni...ada t-shirt, kain selempang, tepung kek, keropok dan kad.
Terharu dpt hadiah ni sebab jauh nak pos dan kos pengeposan dah tentu mahal...Linda guna Pos Laju lak tu..aduuuiiii siannnya....
Nway tima kasih skali lagi ye dik moga linda sekeluarga sentiasa dlm perlindungan dan rahmat dari Allah selalu, murah rezeki dan bahagia selamanya...
Percubaan pertama membakar seekor ayam... E-na sebenarnya 'ngeri' sket nak bermain ngan ayam sekor2 gitu dalam sink semasa nak cuci...dok membayangkan ayam tu hidup jer tapi kuatkan juga semangat dan berjaya juga akhirnya...puashati!
Ayam tu x besar mana pun cuma 900g jer! Cukup untuk sekali hadap kami anak beranak....Sedap je meratah panas2....
AYAM BAKAR REMPAH
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
1 tsp jintan manis
1 tsp dry oregano
1 tsp ginger powder
1/2 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk kari
1/2 tsp paprika powder
1/2 tsp serbuk halba
1/2 tsp serbuk kunyit
2 tbs madu
2 tbs bawang besar blend
1 tbs olive oil
Garam
Cara Membuatnya:
Ayam di belah di bahagian dada dan di cuci bersih.
Perapkan dengan semua bahan di atas semalaman.
Bakar dengan suhu 200 degree selama sejam atau sehingga masak.
Kepada teman-teman yang datang bertandang ke Lovelykitchen jemputlah rasa Chicken Cheese Burger kat atas tu. Kalau nak lagi masuk je terus ke dapur dan pandai-pandailah buat sendiri ye...roti ada atas meja tu, kalau tercekik pandai2lah cari air apa yang ada...buat je mcm umah sndiri ye... Resepi kedua Bun Burger yang E-na dah try buat. Resepi ni cuma menggunakan bahan-bahan asas sahaja. E-na edit sket sukatan telur dan air.
BUN BURGER (2) Bahan-bahannya: (8 biji)
200ml air (sebiji telur + air = 200ml)
280g tepung roti
16g gula
5g garam
3g dry yeast
Bijan secukupnya
Cara Membuatnya :
Masukkan air+telur ke dalam BM diikuti dengan gula, garam. tepung dan dry yeast.
Pilih menu 'doh' dan tunggu hinnga siap diuli.
Keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk kelurkan angin.
Bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
Biarkan naik 2 kali ganda.
Untuk mempercepatkan proses pengembangan doh, boleh masukkan doh tadi ke dalam oven yang tidak di on kan. Masukkan semangkuk air panas di bawah tray doh td.
Bila dah naik, keluarkan dari oven dan sapu air suam td di ats roti dan taburkan bijan. Tekan sedikit bijan supaya lekat pada roti.
Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 minit atau sehingga masak.
Pizza sebelum di bakar dan belum ditabur dengan cheese. Dah masak! Sekejap je licin kena serbu... Tak sempat nak posing cantik2 semuanya dh x sabar nak ngap!
PIZZA SOSEJ Bahan-bahan untuk doh:
180ml air
240g tepung roti
40g tepung gandum
8g gula (1tbs)
5g garam (1tsp)
12g shortening
3g dry yeast (1tsp)
Bahan-bahan untuk topping:
Sosej
Piman / capscicum
Bawang besar
Sos Pizza
Mozarella cheese
Mayonis
Cara Membuatnya:
Masukkan air ke dalam BM diikuti dengan shortening, gula, garam, dan tepung.
Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
On kan BM dan pilih menu 'doh'.
Bila dah selesai keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh kpd 2 bahagian.
Canai doh menjadi saiz yg diingini.
Sapukan sos pizza, letakkan topping dan mozarella cheese.
Bakar dengan suhu 210 selama 15 minit atau sehingga masak.
MEMANG SEDAP! tu my hubby cakap....even he's not a pudding lover. E-na punya comment lak memang kena buat lagi lepas ni...he he. My 1st daughter and I memang suke pudding.
Ini pudding sebelum di potong.
1/2 tin susu cair Carnation (E-na guna fresh milk)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah dan kuning
Cara Memasak:-
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
Resepi yang ringkas dan senang di masak.... Daging Goreng Bawang ni lembab2 sket dan bersalut dengan bawang. Sukatan bawang tu agak2 lah berapa biji ye sebab E-na dah blender bawang besar merah dan bawang putih simpan dalam fridge untuk senang bila nak guna...so sukatan bawang kt bwh ni guna sudu....
DAGING GORENG BAWANG Bahan-bahannya:
Daging untuk 3/4 org
3 tbs bawang merah besar dan bawang putih yang telah di blender
sedikit halia (dicincang halus/ di blend sekali dgn bawang)
garam
kunyit
perasa
bawang besar di mayang
cili api
Cara Membuatnya:
Daging di hiris nipis dan di bersihkan.
Masukkan ke dalam pan didihkan dengan segelas air.
Bila air separuh kering masukkan sedikit serbuk kunyit, garam secukup rasa, perasa. Kacau.
Biarkan sehingga air tinggal dalam 2/3 sudu besar dan masukkan sedikit minyak.
Kacau rata.
Kemudian masukkan bawang yang di blend dan halia. Kacau sehingga wangi atau agak garing.
Kemudian Masukkan sedikit air jika terlalu kering.