Pisang memang sentiasa ada kat umah ni. Menu petang semalam masak pengat pisang dan buat karipap sardin. E-na suka pengat pisang kalau letak biji sagu.
Pengat Pisang
Bahan-bahannya:
- 5 biji pisang di buang kulit dan dipotong.
- 50g kurosato (nesan/ gula melaka)
- 30g gula (bergantung pd citarasa masing2)
- 200ml santan pekat(santan tin la kt sini)
- 100ml santan pekat di campur dengan 800ml air
- sedikit garam
- sehelai daun pandan
- 30g biji sagu (ikut citarasa masing2)
Cara membuatnya:
- Didihkan santan pekat(100ml) yang telah dicampur dengan air, gula, kurosato, garam dan daun pandan di dalam periuk sambil dikacau.
- Masukkan sagu dan kacau lagi.
- Bila sagu sudah separuh masak, masukkan santan pekat dan pisang.
- Biarkan mendidih dan kacau sedikit. Rasa cukup manisnya bolehlah di angkat.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
3 comments:
Salaam E-na Zarina,
Mmmm pengat pisang favourite saya juga...
nak satu mangok.. :)
Kite suke gk pengat pisang dgn sagu.. lebih sedap kalo mkn pree ky umah orang.hehe
Hani : Sila Hani jgn malu2 ambik laaa..
blogresepi : betul tu mkn org masak mmg lg sedap kan...
Post a Comment