Monday 28 December 2009

:-> Bun Burger (2)


Kepada teman-teman yang datang bertandang ke Lovelykitchen jemputlah rasa Chicken Cheese Burger kat atas tu. Kalau nak lagi masuk je terus ke dapur dan pandai-pandailah buat sendiri ye...roti ada atas meja tu, kalau tercekik pandai2lah cari air apa yang ada...buat je mcm umah sndiri ye...
Resepi kedua Bun Burger yang E-na dah try buat. Resepi ni cuma menggunakan bahan-bahan asas sahaja. E-na edit sket sukatan telur dan air.

BUN BURGER (2)
Bahan-bahannya: (8 biji)
  • 200ml air (sebiji telur + air = 200ml)
  • 280g tepung roti
  • 16g gula
  • 5g garam
  • 3g dry yeast
  • Bijan secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan air+telur ke dalam BM diikuti dengan gula, garam. tepung dan dry yeast.
  2. Pilih menu 'doh' dan tunggu hinnga siap diuli.
  3. Keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk kelurkan angin.
  4. Bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Untuk mempercepatkan proses pengembangan doh, boleh masukkan doh tadi ke dalam oven yang tidak di on kan. Masukkan semangkuk air panas di bawah tray doh td.
  7. Bila dah naik, keluarkan dari oven dan sapu air suam td di ats roti dan taburkan bijan. Tekan sedikit bijan supaya lekat pada roti.
  8. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 minit atau sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

12 comments:

Sue @ Nenie said...

Mintak seketoi ya tuan rumah..Pinggan kite tinggal je kat atas sinky...Boleh tak?

Azmiezas said...

Tumpang lalu ya..saya nak ke dapur...tak sabar ni nak makan petang..ada burger kat sini kan??..

Love2cook Malaysia said...

Uish pandainya akak buat bun burger sendiri. Pasti sedap burger tuh! Love pun nak! Tak reti buat roti, nak yang akak buat je. Hehex! ;)

nOOrsha said...

salam singgah...sdapnye burger tu...

HaSue said...

Dah siap bawak beg plastik nih...nak isi semuat2nya..ehee

adad said...

nak begerrrrrrrrrr!!

E-na Zarina said...

Sue@Nenie : Datang awal bole amik je yang dah terhidang tu...lupa plak nak pesan basuh sndiri pinggan tu!

Azmiezas : lalu je la xde pantang larang ye ni...buat lah ape yang patut kat dapur tu ye..

LOVE: Masuk ke dapur ambik roti atas meja tu buat sndiri pastu ngap je...jgn lupa cuci terus pinggan tu yer!

nornaza said...

Salam E-na,ade masalah ke kat chatbox? ngape takde yer? dr semlm nor masuk tp tak boleh nak masuk dlm chatbox..

Chik Na said...

terliur Chik Na tgk burger E-na tuh ..

mama alya said...

sedap nye tgk resepi kat sini kan.laparlah... salam perkenalan...yana aleady follow u n u follow me k..

Chik Mimi said...

Ding Dong fruit tart spesel delivery oooo tuan umah.

E-na Zarina said...

Nornaza : Wsalam...E-na pun x tau kenape layout blog e-na tu semua yg kat tepi kanan trun ke bawah kdg2 naik balik kat tmpt asal...e-na tak buat ape2 pun...sorry la ye xjumpa cari ye...

Chik Na : Klau terliur g masuk dapur tu buat sndiri...E-na smpat buat satu je tu dah abis kat sue td...hi hik

Mama Alya : Tq yana...k E-na dah link dah...

Chik Mi : bestnyaaaa dpat mkn tart special dr Chik Mi! Tq for delivery!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...