Friday, 13 August 2010

:-> Eggless Butter Cookies


Antara cookies yang senang dan cepat dibuat. Hanya menggunakan bahan-bahan asas tetapi rasanya pasti memikat. Sesuai untuk kudapan anak-anak dan keluarga. Kalau nak jadikan biskut raya boleh di sapu dengan white cooking chocolate cair dan lorek dengan black cooking chocolate atau tabur dengan chocolate rice.


Resepi Eggless Butter Cookies

Bahan-bahan:
  • 130 gram butter
  • 60 gram gula castor
  • 150 tepung gandum
  • 40 gram tepung jagung
Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung gandum bersama dengan tepung jagung.
  2. Pukul Butter dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
  5. Kemudian tekan menggunakan garfu.
  6. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
  7. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!
Note : Boleh kurangkan 10gram tepung jagung supaya doh lebih lembut jika mahu menggunakan acuan SAWA atau acuan samperit atau acuan bunga dahlia.

8 comments:

Deliah's Deli said...

salam ena..rajin tul bt cookies-anta sini sebalang nanti yeeeee ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam E-Na,


senyap jer..

nampak senang.boleh cuba nanti.



psst: baru letak award yg awak beri. sowi ek.

♥♥ eija ♥♥ said...

nanti nak cuba laaa
senang giler cookies nie hehe...

kak aidah said...

Salam E-na,

Senangnya buat cookies ni, tak banyak belanja. Akak pun suka cookies yang simple dan senang nak cari bahan.

Asmara said...

Salam kak, wah dah buat biskut raya eh? hehe... selamat berpose kak!

LOVELY KITCHEN said...

Deliah's Deli :
Wsalam...ala cookies ni wat utk kudap2 anak2 jer..tukar2 kekadang wat choc chip cookies tu..senang kan anak2 boleh tolong tekankan garfu...hihiii

A.z.r.i.n.a.03.07 : wsalam rina...hihii bz sikit dgn aktiviti cuti sekolah damia n xtvt family sblm pose...ni baru sempat nak wat n3....boleh cuba rina senang je tu...
award? no prob letak bebila pun xde hal lah...;-)

eija : memang senang eija, kalau nak wat utk raya boleh celup dgn cooking choc dan tabur choc rice lagi cantik....

Kak Aidah : ni antara cookies yg e-na selalu buat di luar musim raya, utk makanan ringan anak2..mmg x perlu banyak bhn pun, baking soda pun x yah masuk kak tapi tetap ranggup...

Asmara: Wsalam as...sihat ke? biskut raya??? xde maknanya kalau buat skrg mmg x sempat nak mkn raya lah jawabnya...ni buat awal pose utk kudapan bdk2 ni...dah tinggal suku balang je lagi...salam ramadhan juga...

kak Erna said...

salam E-na..dah siap biskut raya..nampak senang tu..boleh cuba nanti..

Kamalia said...

salam kak...nak cube gak yg nih..mesti sedap sgt nih..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...