Thursday 6 October 2011

Farmbrozen Kenari Step by Step


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Buat lagi untuk kali keduanya. Biskut yang sedap dan senang membuatnya cuma tempoh membakar toppingnya agak lama. Jika ada lebihan telur putih bolehlah mencuba resepi ini. E-na dah pernah post dalam entry 'Raya Kedua, National Day and Our 11th wedding anniversary'. Kali ini E-na sertakan step by step bergambar.


RESEPI FARMBROZEN KENARI

Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.(E-na bakar 20 minit).
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  lapisan base /cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising (E-na guna powdered sugar)
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya.
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi seperti dalam gambar 2.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan seperti gambar 3. 
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry seperti gambar 4.
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : 
  • Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa  memotong.
  • Boleh letak jem kegemaran anda.
  • Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.

Intai biskut lain pula:


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Lovely Kitchen Berhenti Operasi...errrmmmm' dan Sweet Commnets terkini :

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

18 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bahagiannyer dapat okasan yg super rajin nie....teringin nk mkn air tangan akak...hjng thn nk terjah sana la ngeeee

rahel said...

waa bestnye dapat makan farmbrozen kenari..manis2..ehehe.

izahdaut said...

ada yg saya tertinggal entry operasi nak stop tu.. tak pe ena.. ena pulak dirantauan, lagi la bz , hari2 mmg kena masak... kena homeschool lagi.. nak jaga rumah taman kebun lagi kan.. buat sedaya mampu dan hope terus suksess...mmg sayang kawan2 alam maya ni, pulak2 jika mmg kehidupan mnjadi surirumah.kat sini jela nak chit chat pun.dan tambah kenalan.kan

sekut nikan, kalau ada lebihan telur putih mmg teringin nak membuatnyer.. mmg sedap tuu.bila tunjuk gambar tu baru terbuka sikit fikiran cemana nak membuatnyer. tq ena

quinnie said...

memang teringin nak buat biskut ni sebab saya suka strawberry...:) tq atas penerangan cara2 nak buat biskut ni..:)

Sheery Dream Cakes said...

ermm.. rasanya akak pun tertinggal entri berhenti operasi tu.. huhuu.. mcm akak poun minggu nie teramat sibuknya.. tu dok kat tmpt sndiri tu.. apa lg ena yg dok jauh d perantauan..sememangnya kena buat sendiri semuanya kan ena... x per ena.. pelan2 kan.. akak doakan semuanya yg terbaik untuk ena.. semestinya kagum ngan ena boleh buat semua tu ( tadi baca kat entri berhenti operasi tu ).. umah dah jadi tadika pun x per ena.. seronok juga kan buat mcm tu ngan anak2.. bertambah lg kemesraan keluarga..

ermm..farmbrozen kenari tu akak dok lama dah tergoda tau.. smpi kini belum sempat lg buat.. tmbh2 lg skg nie akak pun bz jer memanjang.. huhuu.. sedapnya tgk

ejaMaria said...

biskut ni wajib buat utk hari raya - febret suami... tapi Maria selalu letak badam cincang atas dia tabur-tabur je... tak pernah guna gajus...

biskut ni pd Maria renyah masa bakar... dah bakar biar sejuk lepas tu bakar lagi... alahai... tapi makan sedap... ;p

Unknown said...

Assalammualaikum E-na, maaf la akak tertinggal link Ena kat list blog akak rupanya. Farmbrozen ni mungkin akak buat minggu dpn, birthday akak....hehe...ntah la tu, hrp2 menjadi.

Psl Ena nak berhenti operasi kjp tu, akak baca kat hp tadi. Berhenti tak bermakna Ena hilang dari dunia maya kan? Masih boleh dihubungi kan? Cuma tak sempat bw je, sama la kita...

Cendana Kasih said...

bestnyer...tak sanggup nk buat sbb takut fail...kalo buat banyak, pos ke rumah akak yer...hehehe

Anna Qawina said...

nampak menarik..sblm ni tgk rsp kat buku, tapi tak buat pun, tak berani cuba..hehe

tun_telani said...

LOL~~ tun tgk title n3 tu, tun ingatkan kak ena masak burung kenari.. hehehe..

Adry@Daun said...

As salam E-Na,
Soalan mcm tun telani juga ni, kenapa namanya Kenari? Kenari tu spesis burung yg byk kat Kedah...hehe..

Juwita Jamaludin said...

Yum.. Yum blueberry ada tu tp apa nak buat yek.. Tgk FK ni tergoda terus..,

Ida,Japan said...

satu masa nk try jugak menda ni...tak per e-na, ada sikit ruang masa kita blogging, yg penting kita dahulukan yg penting dan wajib...ida tahun depan tiga2 shogakko..adehhhh

kurus said...

aloor ape nie dikk
sedappp je nampak
huhuhu duk bayangkan akak tgh makan nie
nak buat huhuhu entah ler bile ..
rajin dan pandai adik mencuba ye :)

cik cek said...

Salam Ena...

Lamanya kak cek tak singgah kesini..kak cek bwk candy...muffin...cupcake dan supplement...he he he..mesti Ena byk lagi stok 4Life kan...4Life memang the best...
Ena...nak rasa cookies yg payah kak cek nak sebut nama ni...pjg bebeno...:)

Nuwairani said...

tak pernah makan. tengok pon tak pernah..tapi selalu nampak blogger2 lain tayang dalam blog...kalau rapuh2 tu memang sedap la...ada rasa lemak2 kacang lagi...

Soo Hae Daa said...

wahhh...bestnya datang sini slalu nmpak mknn best2..isk2...dh la ngah lapar nih... =p

Malay-Kadazan girl said...

Sugoi! Awak ni "tensai" buat cookies!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...