Thursday 9 February 2012

Rainbow Roll Cake



Seperti yang di janjikan dalam entry Roll Cake Decoration Step by Step, E-na sertakan di sini resepi Rainbow Roll Cake. Resepi Roll Cake ni lembut, gebu dan memang sedap. Resepi dari Mama Iyta dan cara membuatnya e-na olah ikut yang e-na buat seperti dalam gambar. Thanks so much pada pemilik resepi yang mabeles ini...:))

RESEPI RAINBOW ROLL CAKE
Loyang roll cake saiz 25cm x 25cm

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 85 gram gula castor
  • 50 gram tepung gandum
  • 8 gram tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 30 ml air sejuk 
  • 40 ml minyak masak

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar menggunakan kelajuan maxima sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna pelangi. (6 color lebih senang)
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang satu persatu secara berjalur.
  6. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  8. Sapu whipped cream dan hirisan strawberry. Kemudian gulung kek.
  9. Sejukkan dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



RESEPI WHIPPED CREAM
(untuk 2-3 biji roll cake saiz 25cm x 25cm )

Bahan-bahan:

  • 200 ml whipped cream
  • 25 gram gula
Cara membuatnya
  1. Masukkan whipped cream dan gula ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar sehingga gebu dan ringan (terbalikkan bowl , cream tidak tumpah)
  3. Siap untuk di gunakan.


Note: 
Dalam gambar tu e-na guna color merah, pink, kuning, hijau, biru, purple dan putih...next time bahagi 6 warna je...x muat nak letak 7 adunan, color putih terpaksa curah keliling acuan, tu yg nampak sikit je dlm gambar.



TIPS LOVELY KITCHEN

  • Hiris sedikit bahagian dalam kek sebelum sapu cream supaya kek tidak pecah semasa menggulung.

Lagi entry Roll Cake klik link di bawah:




15 comments:

Anonymous said...

cantiknya =), tertawan hati tgk hehe

Liza said...

salam ena...kemas jer ena roll cake tu...akk selalu fail bab tu...

Wa said...

Ena.... lawa sangat2 kek ni ..thanks for sharing ..:)

ady said...

as-salam
cantiknye rainbow roll cake ni..tergoda tgk lama2..masuk list dulu..

CT Delima said...

As'salam E-na


cantik sangat2 memang colourful. terkenan sungguh. k.ct nak cuba juga sebab dan cun ni haa..hehehe

terima kasih E-Na bagi idea ni :)

Ayam said...

Salam Ena...cantiknya kek rolls, Nanti saya Kiv dulu resepinya.

izahdaut said...

saya dah tengok deconya tu. cantikkk sangat. suke kek gini, tapi anak2 tak boleh makan pulak creamnya tu. slalu muntah2. bukan apa, sebab sedap makan tak hengat. last2 muak n muntah. hehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

perhhh meriahnyer roll cake akak
1st time tgk rainbow roll cake gini

Jayanthy Kumaran said...

woooooow....awesome ...wat a fantastic treat to eyes & tummy..;)
Tasty Appetite

Qasey Honey said...

tq yea resepi...nk cuba buat lak nti...

ida said...

salam ena...cantiknya..kena buat ni...bhn semua dah ada...

EmbunRosaliza said...

Assalam E-na cantiknya rainbow roll cake tu, suka akk tgk dgn kaler yg berwarna warni tu

inahar ali said...

salam rindu enaa..woww cantiknyer rollcake ena wat nih..bak sepotong??

Unknown said...

Salam sis.. kalo nak kukus agak2 brapa lama yek? Takde oven la nak bakar. :)

Unknown said...

Salam sis.. kalo nak kukus agak2 brapa lama yek? Takde oven la nak bakar. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...