Tuesday, 21 February 2012

Trifle Mango Pandan


Trifle adalah sejenis makanan pencuci mulut ataupun dessert yang diperbuat daripada kek span, kastard, buah-buahan, gelatin atau jus buah-buahan dan whipped cream. Bahan-bahan ini biasanya disusun dalam lapisan yang berselang seli.

Penyediaannya tidak sukar jika semua bahan yang diperlukan telah siap sedia ada di depan mata. Tetapi jika semua bahan perlu di buat sendiri ianya memerlukan masa yang agak panjang. Bermula dari penyediaan sponge cake atau jika lebih rajin lagi menggunakan swiss roll /roll cake sebagai lapisan dasar trifle, sehinggalah kepada lapisan paling atas iaitu whipped cream.

Nampaknya ini adalah entry trifle yang pertama di Lovely Kitchen walaupun dah banyak kali buat trifle sejak dari sebelum berblog lagi. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya masih sempat untuk E-na kongsikan resepi trifle dengan semua pelawat Lovely Kitchen.

Trifle Mango Pandan gabungan dari kek span pandan, Mango Pudding Custard, Red Jelly, Peach dan taburan choc chip, coloured choc rice, hirisan yellow peach, hirisan ceri hijau dan hirisan fresh strawberry di atasnya pasti membuka selera sesiapa sahaja yang memandangnya.



RESEPI TRIFLE MANGO PANDAN
Casserole 20cm

Bahan-bahan dan Cara-cara untuk Lapisan Pertama (bawah)

  • 1/2  bahagian kek span pandan (resepi di sini) / pandan swiss roll
  • Sedikit air peach/ cocktail / lychee dalam tin (tak nak letak pun tak pe)
  1. Kek Span Pandan di potong kiub dan disusun menutupi dasar acuan/ casserole.
  2. Renjis sedikit air buah. Jangan sampai basah. Ketepikan.
Bahan-bahan dan Cara untuk Lapisan Kedua
  • 5 sudu besar tepung kastard perisa mango 
  • 600ml fresh milk / susu cair
  • 3  sudu besar gula
  • 1 tin yellow peach/ cocktail/ lychee
  1. Masukkan semua bahan kecuali buah dalam tin di dalam periuk dan kacau sehingga pekat.
  2. Curahkan ke atas lapisan kek span tadi. Bila lapisan kastard separuh beku taburkan hirisan peach/ buah-buahan campuran/ laici di atasnya. Simpan sedikit untuk hiasan akhir nanti. Ketepikan.
Bahan-bahan dan Cara untuk Lapisan Ketiga (atas)
  • 1 pack serbuk agar-agar berperisa 7g
  • 950ml air
  • 120 gram gula
  • hirisan buah-buahan, choc chip, choc rice, ceri
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  2. Sejukkan sebentar. Bila agak suam-suam kuku barulah di tuang ke dalam loyang trifle tadi.
  3. Biar sejuk. Simpan di dalam fridge.
Bila nak hidang, tabur hirisan peach, strawberry, ceri hijau, choc chip dan choc rice untuk menaik seri trifle. Selamat mencubadari Lovely Kitchen.

Note :
  1. Selain kek span boleh juga guna kek marble, butter cake atau apa shj yang sesuai.
  2. Lapisan ketiga (atas) boleh di ganti dengan whipped cream atau fruit yogurt. 
  3. Boleh juga jadikan trifle ini 5 lapisan. Selepas lapisan jelly di tambah dengan lapisan whipped cream atau fruit yogurt sebelum di tabur dengan bahan-bahan hiasan.
  4. Boleh tabur badam cincang/ kepingan badam yang telah di panggang, gajus, kacang tanah atau apa sahaja yang sesuai sebagai hiasan.
  5. Nisbah air dan tepung kastard berbeza mengikut brand....anda mesti tahu sukatan yang sesuai untuk jenis tepung kastard yang anda gunakan. Bimbang nanti terlembik atau terlebih keras.

10 comments:

Qasey Honey said...

alahai xtahan tgk triffle ni..
kena cuba la nmpknya...
tq resepi...

tun_telani said...

nyummy!!! sedapnyerrr!! biasanya tun beli je swiss roll tu kalau nk makan triffle. hihi

izan mama mia said...

wow..warna nya..menarik buat hati tertarik.. (*_^)

ilahjy said...

salam e-na
cantik dan menarik...mesti sedap...ada mangga...

ijan said...

Salam Kak E-na,
trifle ni memang sedap. saya suka kalau lapisan kastad tebal. hihi

Sally Rashid said...

sungguh cantik,menarik..memang debommmm

KakAsma said...

mmg atak pernah buat lagi..sebab nya kena ada semua bahan baru boleh buatkan..Ena...

kak mah said...

Tengok saja dah menyelerakan belum makan lagi...nyum2X

IeRA said...

Memang memikat kalbu dibuatnya....

HomeKreation said...

Wow, canteeek!
Nak jwb soklan Ena tadi. Acuan Along tu brand Wilton, boleh order online kat Wilton shop. Along beli kat Parkson KL dah lama dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...