Monday, 6 February 2012

Gulai Kuning 3 in 1


Salam Maulidur Rasul untuk semua  pelawat Lovely Kitchen. Terima Kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah dalam entry sebelum ini

Menu kali ini adalah menu biasa di Lovely Kitchen tapi belum pernah publish. Bila dah ramai dalam satu rumah citarasa pun macam-macam. Ada yang suka udang tak suka telur, suka telur tapi tak makan sayur. Jadinya untuk menyenangkan, E-na satukan udang, telur dan nangka dalam satu menu dan namakan Gulai Kuning 3 in 1. Gulai telur / nangka yang di campur udang sebegini akan lebih sedap dek kemanisan air udang. Kalau buat Gulai Kuning Telur pun biasanya E-na akan masukkan beberapa ekor udang untuk menyedapkan kuahnya. Asalnya permintaan hubby yang suruh masukkan Udang dalam gulai telur...nak tau kesedapannya kena cuba dulu ye...



RESEPI GULAI KUNING 3 IN 1

Bahan-bahan:
  • 1 tin nangka
  • 8 ekor udang (dicuci) 
  • 2 biji telur
  • 3 hiris lengkuas *
  • 3 hiris halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • Sedikit cili padi (ikut kepedasan)*
  • 1 batang serai di titik
  • 1/2 keping asam gelugor/ asam keping
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200 ml santan dalam tin
  • Air secukupnya
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak masak.
Cara Membuatnya:
  1. Toskan nangka. Rebus sekejap dalam air mendidih. Angkat, tos dan buang empulurnya.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  3. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya bersama asam keping, serbuk kunyit,serai dan nangka.
  5. Kacau sehingga mendidih. Perasakan garam secukupnya.
  6. Perlahankan api, pecahkan 2 biji telur ke dalam kuah. Menggunakan api sederhana siram kuah ke atas telur perlahan2 supaya tidak pecah.
  7. Masukkan udang. Bila mendidih dan udang masak bolehlah angkat. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Gulai jangan terlalu cair ye...jgn pula terlalu pekat, baru terasa lemaknya.


TIPS LOVELY KITCHEN
  1. Rebus sebentar Nangka (dalam tin) sebelum digunakan dalam sebarang masakan untuk mengurangkan bau dan rasa masam Nangka.
  2. Rebus Nangka hingga empuk jika menggunakan nangka fresh.
  3. Jika menggunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan kisar.
  4. Cuci buang tahi /kotoran udang tapi jangan buang kulit udang untuk mengekalkan kemanisannya.

Lagi entry Nangka klik di bawah:
  1. Gulai Nangka Muda dan Ayam
  2. Rendang Pedas Nangka 

15 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum, satu gabungan yg menarik...hebat ...bebagai ada telur, udang, nangka.....,,hemmm npk pun enak sekali....

Acik Erna said...

Assalam Ena..belum pernah dalam sejarah acik buat masak campur 3 bahan macam ni..terima kasih ena..boleh cuba ni..

ibundo said...

Terasa sedapnya kat tekak ni..

ibundo said...

Terasa sedapnya kat tekak ni..

KakAsma said...

Ena,
wah nie kalau ada sambal belacan mangga,ikan kering bulu ayam ..aduh tak pandang orang lain...baru semalam jiran akak bagi lauk nie,tapi dengan ikan kering...

Liza said...

salam ena....wahhh ada nangka, bestnya..peberet akk ni....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai x pernah buat gulai berasaskan nangka sbb x brpa minat but if umi yg masak telan laju jer....motip:: pemalas la tue ngeee...kak e-na oishii sou lol

Ida,Japan said...

wahhh...3 in 1 lg tu e-na.jimat kerja..tak yah masak byk2 jenis..dlm satu dh ada mcm2..oishii sou

Mamasya said...
This comment has been removed by the author.
Mamasya said...

Aslmkum Ena.gulai 3 in 1....semua ada...memenuhi selera keluarga.akakpun suka masak lemak kuning gini..
re; Ena, akak menyelit kat gambar tu kena pakai teropong...hi..

rahel said...

Lapar pulak tengok gulai 3 in 1 tu...

IXORAROXI said...

sedapnya gulai nangka, dah lama tak masak..nice photo!

Diana @ Melley Mey said...

Ena.... Sedapnya gulai tu.... Nangka mmg fav anak2 akak.... Dah lama x makan gulai nangka.... Terliur akak tgk...

cik cek said...

Nangka masak gulai cam ni akak leh makan ...tapi kalau buah nangka yang masak kalau makan sat2 lagi terus leh kena gastrik...memang fav kalau nangka masak cam gini...lapo la pulak perut ni...:)

Azie said...

As salam. Boleh tanya software apa yg diguna utk letak watermark bagi nama resepi tu ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...