Thursday, 23 February 2012

Roti Jala Pandan @ Roti Kirai


Roti Jala atau Roti Kirai adalah antara kuih kegemaran di Malaysia. Kenapa tak di panggil Kuih Jala atau Lempeng Jala.....yelah bukan guna dry yeast macam buat roti tapi dinamakan Roti Jala. Tak kisahlah apa pun namanya dah tertulis begitu, yang penting nak buatnya tidaklah sesukar mana jika kena bancuhannya, ada non-stick pan  ( 2 biji pan lagi elok, cepat siap) dan alat untuk menjala atau mengirainya. 



RESEPI ROTI JALA PANDAN


Bahan-bahan:
  • 450 gram tepung gandum
  • 400 ml fresh milk/ susu cair
  • 400 ml air dari daun pandan yang dikisar / air kosong
  • 2 sudu besar butter dicairkan
  • 2 biji telur (+-120g)
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan (optional jika tidak menggunakan air daun pandan)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati.
  2. Kemudian blend adunan supaya hancur.
  3. Tapis ke dalam mangkuk.
  4. Panaskan non-stick pan.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala atau bekas mayonis 3 lubang.
  6. Mulalah menjala.
  7. Angkat dan gulung atau lipat bila sudah masak.
  8. Buat sehingga adunan habis. Sesuai di hidangkan bersama Kari ayam, daging atau kambing. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

Lagi resepi roti jala klik link di bawah:

15 comments:

Gee® said...

dah lama tak menjala... lapar tengok...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Plan nak menjala tonight depends on my kerajinan...hehehe!

Cantik jala akak! :)

Sally Rashid said...

asyik tengok org menjala jer...
cantik pulak tu...
kita sendiri tak tahu bila nak buat..

Tina Othman said...

cantiknya kak e-na, tak pernah lg buat roti jala ni, nanti nak try lah

Qasey Honey said...

ala tomeinye roti jala ni...
teringin pula nak mjala nti...

Chik Mimi said...

cantiknya ena lamanya akak tak menjala:(

Soo Hae Daa said...

Cntiknya roti jala akak...thniah kak..resepi akak kuar magazine...

EmbunRosaliza said...

assalam e-na, lamanya rasa x menjala, bila ttgk terliur pula nk mkn roti jala

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kemas je jala yg ena buat ni... cukup penyabar orgnya.. kalau akak.. kira nak cepat siap je... hehehe.. apa taknya.. bila menjala kena buat 1 kg tepong lebih utk tempahan & utk mkn family sekali.. nak pengsan dibuatnya.. hehe..

Asmara said...

sejuk2 lapar pulak tengok roti jala akak ni. mmg superb la kejadiannya. :D kita buat mesti serabai even guna botol 3 mata tu. huhu..

Acik Erna said...

assalam e-na..resipi yang sesuai ni..insyaallah nanti nak cuba.

Ijan said...

Salam kak e-na,
Kalau tgk roti jala ni saya teringat kat kuah kari kambing. Nak menjala tu memang, ada dua kuali lagi cepat kan. Kalau tak berpeluh kite. Hehe

manna mania said...

sedapnya roti jala.. i suka sgt roti jala tapi tak reti buat.. ena punya ni cantik sungguh.. cam guna acuan pulak... ada acuan ke atau main tebar je?

HALAMANKU said...

wah.. rajinnyer menjala.. siap kaler2 lagi.. cantik n kemas.. cantik dan menyelerakan..

Nur-nba said...

Salam. Tahniah Kak Ena sebab direview dalam Majalah Jelita... Nur tumpang gembira.. Moga akak terus sukses.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...