Tuesday, 3 November 2009

:-> Crunchy Chocolate Chip Cookies


Kali ni E-na nak n3 resepi biskut raya yang sesuai di jadikan kudap-kudapan anak2 pada bila-bila masa. Sedap, ranggup dan yang paling penting senang nak buat...x perlu guna acuan pun.

Kiranya mcm mkn chipsmore lah... but home made. Anak-anak ngan hubby memang suka sangat cookies ni...sejak lepas raya ni dah 2 kali buat...sekali buat terus 2 bancuhan, klu satu bancuhan x sempat ke mana dah habis...

Resepi asal dapat dari kawan dulu tapi dah banyak kali buat dan dah banyak yang di ubah pun sukatannya supaya lebih sedap....


Crunchy Chocolate Chip Cookies - Lovelykitchen
Bahan-bahannya:
  • 160g butter
  • 70g gula castor (kalau x de guna gula biasa di mesin halus)
  • 100g chocolate chip (lagi banyak lg sedap)
  • 35g badam cincang
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk koko
Cara Membuatnya :-)
  1. Bakar badam cincang di dalam oven selama 4 minit pada suhu 160 darjah.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul gula bersama butter sehingga kembang.
  4. Masukkan kuning telur dan essen vanila dan di pukul rata.
  5. Masukkan badam cincang dan chocolate chip. Kacau menggunakan senduk kayu.
  6. Kemudian masukkan tepung gandum dan di gaul rata.
  7. Alaskan tray dengan cooking sheet.
  8. Bentukkan bulat-bulat dan tekan supaya menjadi leper seperti gambar.
  9. Boleh juga dengan menggunakan sudu dan garpu cedok sedikit2 dan letakkan ke dalam tray.
  10. Bakar dalam oven bersuhu 180 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

6 comments:

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

dah boleh dah e-na..tapi masih klua ikut tepi...rasa2 ada 3 setting kat tpt set komen tu...nanti e-na cuba lagi k...tapi nak bagi tahu...Aidil Adha nanti nak cuba buat cookies tu....

ain said...

anak akak pun suka cookies yg mcm ni. sejap je habis klu akak buat. depa bawak gi sekolah lagi!!!

Watierman said...

nanti bila2 boleh akak try resepi ni...petang2 krup krap2 tak perasan sebalang!!

blogresipi said...

Biskut rangup2 gini cicah ngan air nescafe panas mau habes sebesen ni kak E-na.. hancuss diet.hehe

MamaFaMi said...

Kalau mengadap TV, bawak biskut ni sebalang, bawak susu satu mug besar... jawabnya...now you see it, now you don't laaa.... Mama dah salin resepi ni. Halal ye.. salin je dulu.. hehehe

E-na said...

Tinta Cyber : Cuba lah buat...anak2 tentu suka

K.Ain : Ha ah bkn bdk2 je suka mak ngan bapak bdk ni pun sama gak..he he

K.Watie : silakan kak.. try2

Ijan : biar betul ijan sampai sebesen..mmg bkn diet lg dah tu...kih kih kih

MamaFami : ambiklah kak, try bebila free..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...