Masih mencuba resepi roll cake dari buku masakan jepun. Kali ini cuba untuk mengurangkan pembaziran telur seperti yang E-na pernah buat sebelum ini. Tapi cubaan kali ini gagal. Corak yang di buat di atas kek tidak terletak cantik, semuanya terkeluar dari tempat asalnya. Tapi tetap tak putus asa, lepas ni E-na akan cuba satu lagi cara untuk mendapatkan lukisan yang kekal cantik diatas kek seperti yang E-na buat dulu (klik) tanpa ada pembaziran dalam penggunaan telur. Mesti boleh, Insyaallah.
Walaupun rupa mu tidak cantik tapi rasa dan kelembutan kek ini tetap mantain sedap dan lembut sangat. Paling seronok sebab kali ini roll cake E-na tidak pecah atau retak...satu kejayaan bagi beginner macam E-na. Bagi E-na membuat roll cake memang senang tapi nak menggulung tu yang mencabar...susah nak dapat gulungan yang cantik dan tak pecah.
Japanese Roll Cake permukaannya keknya tidak berkulit. Biasanya di masukkan buah-buahan segar di dalam cream. Antara buah yag digunakan seperti ichigo/ strawbery, kiwi, peach, pisang, dan lain-lain buah yang sesuai.
Peach Roll Cake di atas jika di buat warna kuning lagi sesuai dengan namanya kan. Sebenarnya nak buat kek lain tapi terpaksa ubah ke lain sebab lukisan atas kek tak jadi. E-na share resepi yang telah di olah untuk rujukan.
RESEPI PEACH ROLL CAKE
( acuan roll cake 25cm x 25 cm)
Bahan A :
- 3 biji putih telur
- 30 gram gula halus / castor
- 1 sudu kecil tepung jagung
Bahan B:
- 3 biji kuning telur
- 30 gram gula halus / castor
- 60 ml air
- 40 ml minyak sayur / masak
- 80 gram tepung gandum di ayak
- Sedikit pewarna kuning telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
- Buat adunan untuk bahan-bahan A. Pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan kuning telur tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit.
- Masukkan gula dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga gebu dan kental. Bila di terbalikkan mangkuk adunan, ia tidak tumpah. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk lain masukkan kuning telur, gula dan pukul sehingga putih menggunakan mixer tadi tanpa perlu di basuh.
- Kemudian masukkan air, minyak dan esen vanila dan kacau sebati menggunakan senduk kayu / spatula.
- Masukkan perwarna kuning dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
- Satukan adunan A ke dalam adunan B dan kacau rata.
- Alas loyang dengan cooking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga kek masak.
- Keluarkan dan terbalikkan kek. Biarkan sekejap sebelum menggulung.
Bahan-bahan untuk cream:
- 200 ml whipped cream
- 25 gram gula
- Yellow peach secukupnya (E-na guna dalam tin)
Cara-cara:
- Goncang kotak whipped cream sebelum dibuka.
- Tuang whipped cream ke dalam mangkuk dan masukkan gula.
- Pukul sehingga ringan dan kental.
- Sapukan ke atas kek.
- Susun buah peach dan gulung kemas.
- Sejukkan di dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
TIPS MENGGULUNG ROLL CAKE SUPAYA TIDAK PECAH
- Toreh / hiris sedikit permukaan dalam kek sebelum di sapu cream. (kawan kat sini bagitau tapi E-na belum cuba lagi...nanti bole try)
5 comments:
Kalau masak lebih..pas sini sikit
Waaa canteknye kek gulung peach..macam sodap jew..
As'salam E-na
cun nya kek gulung peach ni, k.ct ingat nak buat juga untuk makan malam ni. maklum ler esok nak raya kan. Tapi malas pulak,jadinya petang tadi buat kek span jer untuk tahlil kat rumah malam ni :)
Selamat Hari Raya Aidiladha buat E-na sekluarga :)
Saya confuse dlm resepi kek gulung peach ni...sb E-na x terangkan bila nak di campurkan bahan A dan Bahan B.
terima kasih kerana berkongsi resepi ..tapi ada sedikit kemusykilan tang corak tur time bile nak buat...
Post a Comment