Monday, 24 May 2010

:-> Roti Bunga Kacang Merah



Roti Bunga Kacang Merah

Bahan untuh doh :
  • 160 ml (air/ fresh milk + 1 biji telur) -asingkan 2 sudu kecil telur untuk di sapu pada roti nanti
  • 250 gram tepung roti
  • 30 gram gula
  • 30 gram butter
  • 20 gram susu tepung
  • 3 gram garam
  • 3 gram dry yeast

Bahan untuk inti :
  • inti kacang merah secukpnya

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur ,separuh tepung roti, garam, butter, susu tepung, baki tepung roti dan di akhiri dengan dry yeast.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
  3. Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
  4. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Bulat2 kan.
  6. Rehatkan doh dalam 10 - 15 minit.
  7. Kemudian leperkan doh dan masukkan satu sudu kecil inti kacang merah, tutup dan bulatkan semula.
  8. Tekan dengan tapak tangan bahagian atas doh tadi supaya menjadi sedikit leper.
  9. Dengan menggunakan doh cutter atau pisau potong 6 atau 8.
  10. Susun di atas tray dan biarkan doh naik sekali ganda lebih kurang 40 minit. Boleh rujuk tips di bawah.
  11. Gliskan permukaan roti dengan telur untuk nampak cantik berkilat. Tapi bagi yang tidak sukakan bau telur boleh spray kan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
  12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 10 - 12 minit atau hingga keperangan.
  13. Angkat dan boleh sapukan sedikit marjerin di atas permukaan roti.
  14. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas yang bertutup.Selamat mencuba.

Cara Uli tangan
  1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
  3. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
  4. Ketepikan dan tutup dengan plastic cling supaya udara tidak keluar. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
  5. Seterusnya ikut cara nombor 4 di atas. Selamat menguli!

TIPS
Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau meroti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven.
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

UPDATE
Rakan yang telah mencuba resepi ini :
  1. Kamalia - 03/06/2010


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

14 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah e-na, cantiknya roti, bentuk bunga la,lama tak makan roti kacang merah,sedapnya...

ain said...

akak pulak lg simple, just put dlm micromave n pnskan for a minute.

seronok tengok roti e-na...cun!

izahdaut said...

ena...comelnya roti tu...teringin nak buat tapi entah pandai ke idak nak membunga nya tu..

Noorma Ismail said...

Inaaa...samalah menu roti kita hari ini...tp ina punya roti lagi lawaaaa!!!!

☆ lieya latif ☆ said...

cantiknye ena....budak2 sure suke....rajin tul ena membaking selalu...umah mesti wangi jek baru roti2 nieh....

~BUTfulsay~ said...

nyam2... sedapnyer kak... nk ckeetttttt......

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

E-na !


cantiknya bun tu..
nak makan pon sayang..


psst :
bz eh? lama tak jengok kita.

Amy Syaquena said...

salam ziarah,just follow ur blog,pasni leh la rajin berkunjung ke sini...

Azmiezas said...

Amboi..lawanya roti E-na,..macam beli kat kedai..seriuss..

Akak pun suka roti kacang merah..nyum..nyumm..nyumm..

zarin said...

e-na, nanti amik award pink apron kat my blog ye!

MamaFaMi said...

Cantiknya roti E-na....

SyuQ said...

sedapnya kak. tp sayang nak makan. sbb cantik. he he he

Norasikin said...

Jenuh la kalau nak pakai tangan. Tangan nak pakai lama ni

Miss Cheah said...

Lawatlah blog saya. Saya tulis komen tentang blog Lovely Kitchen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...