Kebetulan hubby beli sekotak strawberry so sempatlah E-na 'sorok' sikit untuk buat dessert. Kalau tak sorok 2 kotak pun habis di kerjakan ahli rumah ni...semuanya memang minat sangat ichigo (Strawberry).
STRAWBERRY OREO MOUSSE
Bahan-bahannya :
- 200ml fresh cream / whipped cream
- 15g gula castor
- 10 keping biskut Oreo
- Buah strawberry
- Cocoa powder secukupnya (van houtan)
Cara Menyediakannya :
- Hancurkan biskut oreo, sekali dgn cream di dalamnya.
- Pukul fresh cream dgn gula sehingga menjadi cream.
- Masukkan serbuk biskut oreo ke dalam bekas dessert untuk jadikan lapisan pertama.
- Kemudian susun buah strawbery di keliling bekas.
- Masukkan fresh cream sbg lapisan kedua.
- Ulang langkah 3 dan 5 sehingga penuh.
- Ayak serbuk coco di atas fresh cream tadi.
- Hias buah strawberry di atas serbuk koko mengikut kreativiti masing-masing.
- Sejukkan di dalam fridge sebelum di makan.
- Sebelum makan kacau fresh cream dan oreo supaya bersatu untuk mendapatkn rasa yang yummy yummy....Selamat Mencuba!
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
14 comments:
salam n slmt berkenalan E-na..
anak akak mesti suka resipi ni!
salam perkenalan..
disambut dgn resepi yang manis.. yummy!
Apa rasa ekk??..
Rasa mcm ice-cream ke??..issyyy..tak boleh imagine ni..mesti sedap kan??..bak sini sikit..
salam ena..sangat meriah..waahh..tak daya menahan hati melihat mousse ituu
salam e-na...sedapnya strawberry oreo mousse tu...nak buat pun cam senang je...tapi bahan tak cukuplah pulak...huhu terliur nih!!
sedapnyer.......
~~zAnAfAhMi~~ : Wsalam dan selamat berkenalan kak...betul tu kak, bdk2 biasanya suka dessert mcm ni...
Sari Yusa Ibrahim : Salam perkenalan juga...ya dessert yang manis untuk tamu yg manis macam anda...hehe
Azmiezas : rasa mcm ala2 softcream gitu...try kak baru tau rasa sebenar! hahaaa
izahdaut : wsalam izah...tak tahan ye? ambik lah resepi tu balik buat, pas tu anta sini sket ..he he
ima : Wsalam kak Ima...sedap kak! ala akak rasa je kat sini dulu..kikiki
Cik YaNNa : erm yummy! yummy!
waalllaaah
marvelesnyer kak
terliur tgk
Syuq: walla syuq dah selamat la dik...lenkali kita buat lg ye..
Post a Comment