Thursday 15 April 2010

:-> Nasi Lemak Goreng Pataya


Bahaya untuk kesihatan ni...nasi dah berlemak di goreng lagi! Jangan buat selalu ye... E-na ni buat sbb ada leftover nasi lemak. Rasanya sebab E-na kurang selera makan skrg, itu yang berlebih nasi. Biasanya licin je kalau masak nasi lemak.

Di sebabkan tak mahu membazir dan tak nak ulang makan menu yang sama, E-na pun goreng leftover nasi lemak dan bungkus dengan telur. Jangan tak percaya, habis juga Nasi Lemak Goreng Pataya ku itu....

NASI LEMAK GORENG PATAYA
Bahan-bahannya :
  • 1 mangkuk nasi lemak
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sambal tumis
  • 5 ekor udang di potong dua
  • 2 batang crabstick di potong 4
  • 3 Batang kacang buncis dipotong halus
  • sedikit garam dan perasa
  • 2 biji telur (untuk 1 cawan nasi goreng)
Cara Membuatnya :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan sambal tumis dan kacau.
  3. Masukkan udang, crabstik dan kacang buncis dan kacau.
  4. Kemudian masukkan nasi lemak, kacau sebati.
  5. Perasakan garam dan angkat, ketepikan.
  6. Panaskan pan dengan sedikit minyak
  7. Di dalam mangkuk pukul 2 biji telur dengan sedikit garam.
  8. Masukkan telur di dalam pan dan lenggangkan pan supaya telur menjadi dadar yang bulat.
  9. Semasa melenggang besarkan api supaya telur cepat melekat di pan dan tidak pecah.
  10. Bila telur telah pekat/ tidak begerak lg bila di lenggang, kecilkan api dan letak pan di atas dapur. Tutup pan supaya telur cepat masak.
  11. Jangan lama sangat nanti telur keras. Agak2 dah beku boleh terus masukkan nasi.
  12. Ambik 1 cawan nasi dan letakkan di tengah2 telur tadi.
  13. Lipat telur, tutup api dan terbalikkan pan terus ke atas pinggan yang hendak di hidang.
  14. Bolehlah di hias mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba!

Tips : UNTUK MENDAPATKAN TELUR BUNGKUS YANG CANTIK DAN TIDAK PECAH

> guna minyak yang sedikit tetapi rata pada permukaan pan.
> besarkan sedikit api semasa melenggang telur supaya telur cepat
melekat pada pan dan
tidak pecah. Angkat pan dari dapur supaya senang nak
lenggang telur.

> kecilkan api bila siap melenggang dan tutup pan dgn tutup periuk.
> semasa membungkus hendaklah dilakukan dgn pantas semasa telur masih panas
dan
lembut di atas dapur.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

17 comments:

Azmiezas said...

Amboi..lawanya telur tu..tingkap dia terbuka dengan canteknya..

miemiey said...

yang part telur ni takut tak jadi...nak gak try....

Anonymous said...

Adoi laa.. kalau kak tie makan ni sure tak larat nak jalan, hihihi...

izahdaut said...

wah posing cantik tau nasi goreng tuh... saje bagi terliur nih..hehee

mizwa said...

kOi pon baru buat nasi lemak pandan baru nie..tapi lau bab memPATAYAkn nasi mmg xlepas2 lgi nie he3..

Anonymous said...

e-na..sedapnya nampak nasi goreng tuh...cantik pulak tu...

liza said...

saya selalu buat tak jadi..huhu..gud tips ni kak e-na..boleh try

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

mak aii...aok buat menjadi dan cantik je rupenya..

kah tak pernah buat ni pasal takut tak menjadik ..

(gatal lak nak cakap Pahang eh..hehe)

E-na Zarina said...

Azmiezas : he he tingkap tu kena guna lock bunga cengkih baru tak ditiup angin!

E-na Zarina said...

miemiey : sekali tak jadi try lagi jgn putus asa..cuba ikut tips tu insyaallah jadi...

E-na Zarina said...

kayteeze : jgn mkn banyak k.tie , rasa sket jer.. ekekekk!

E-na Zarina said...

izahdaut : posing nak cepat pepagi...ramai yg q nak bekfast xleh lelama sgt ..he he

E-na Zarina said...

mizwa : aok try la ikut tips tu insyaallah jadi...:-)

E-na Zarina said...

ima : tq k.ima...:-)

E-na Zarina said...

liza : boleh try lagi kan...insyaallah jadi lepas ni!

E-na Zarina said...

a.z.r.i.n.a.03.07. :
ala rina aok buat lg mesti jadik nye tuh!

Heather Perry said...

ima : tq k.ima...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...