Friday, 2 April 2010

:-> Red Apple Cupcake



Senang dan mudah untuk menyediakannya... berbau harum ketika di bakar... moist dan sungguh enak di makan as a breakfast or minum petang...

RED APPLE CUPCAKE

Bahan-bahan:-
1 biji epal merah saiz besar
2 sudu besar gula
100 gm butter (dibiarkan pada suhu bilik)
70 gm gula halus
2 biji telur

100 ml fresh cream / whipping cream
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Membuatnya :-
  1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 1cm.
  2. Gaulkan dengan 2 sudu besar gula.
  3. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 3 minit atau boleh di masakdi atas dapur sehingga epal jadi lembut.
  4. Kemudian dalam bekas lain, pukul gula dan mentega hingga putih.
  5. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  6. Kemudian masukkan fresh cream/whipping cream, kacau sebati.
  7. Masukkan epal bersama airnya (yang keluar dari epal dan gula). Kacau rata.
  8. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
  9. Sudukan ke dalam paper cup.
  10. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 degree.
  11. Angkat dan sejukkan diatas redai.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : K.Ummi

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Huisssh... pepagi ni.. mmg sedap jek tengok. Kalau bbdak tengok lagi lah suka..






psst: dapur tu tak fully siap lagi lar.. maklumlah yg balen2 tu kena wat sendiri pastu dah mula keje, kena tunggu weekend jer.. huhu..

SMKPU(1) said...

Skang ni cupcake comel2. Bekasnya cantik2. Rasanya of course mesti sedapppp ...

indahhouse said...

salam kak E-Na,
Apa khabar? sedapnya cup cake epal nih. nampak sedap dan mudah..masuk list dulu..hihi

Cikgu Yang said...

Salam!! terima kasih melawat saya. Pandai sungguh memasak ia. Saya suka makan !!! Nampak semuanya sedap ..

Erna said...

akak kagum sungguh dengan E-na..muda2 lagi dah atu..macam2 jenis masakan..

E-na Zarina said...

a.z.r.i.n.a.03.07 :
kt umah ni mak budak pun suke rina! ngeeeee

E-na Zarina said...

SMKPU(1) :
Tq singgah lovelykitchen...betul tu klu tgk bekas cupcakes mmg geram kn cute2 jer!

E-na Zarina said...

indahhouse :
Wsalam...alhamdulillah sihat...sedap nurindah, mmg x rugi mencubanya tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...