Wednesday, 7 April 2010

:-> Ikan Bakar Asam Jawa


Harumnya bau ikan bakar di dalam daun kunyit...pergghhh itu kenangan di Malaysia bila bakar ikan, mesti daun kunyit dalam pasu kat belakang umah jadi mangsa untuk mambangkitkan aroma ikan bakar..

but now boleh juga makan ikan bakar cuma tak berbau daun kunyit je la...hu huuu

Jom Pekena ikan bakar!


IKAN BAKAR ASAM JAWA
Bahan-bahannya :
  • Ikan - apa2 jenis ikan yang suka
  • garam
  • halia
  • serbuk paprika
  • serbuk cili
  • bawang merah
  • bawang putih
  • sedikit gula / Aji no moto
  • Air asam jawa - pekat
  • Daun kunyit untuk membungkus ikan
Cara Membuatnya :
  1. Ikan dibersihkan dan di kelar.
  2. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, serbuk paprika dan serbuk chili.
  3. Gaulkan dengan air asam jawa yang pekat tadi.
  4. Perap ikan dengan bahan tadi lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  5. Sapukan sedikit minyak masak di atas daun kunyit.
  6. Titikkan sedikit minyak di atas ikan.
  7. Bungkus / balut ikan dengan daun kunyit.
  8. Bakar di dalam oven dengan suhu 220 degree selama 20 minit kemudian balikkan ikan dan bakar lagi selama 10 - 15 minit atau sehingga ikan masak. Bakar atas dapur gas pun boleh.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

6 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Ahhh benar2 tergoda Dik Oiii...bau daun kunyit memang umph!!! alumunium foil tak de bau...!!

Am (Flora Heights) said...

cam dah terbau-bau aroma wangi daun kunyit kan..? sedap tu..

AdryDaud said...

Salam, ikn apa yg jd model ikn bkr tu?Nmpk mcm ikn kembung je. Gna daun knyit lbh original dn selamat bbanding foil aluminium. Akk tnm pkk knyit ke kat sana?

sLEEping BEauty said...

hye ...singgah sini!

Azmiezas said...

hari ni baru kita tau, boleh guna daun kunyit buat bakar ikan..

selalunya guna daun pisang jer..

mesti baunya mengancam kan??..

Anonymous said...

Great info. Lucky me I discovered your site by chance (stumbleupon).
I've saved it for later!

Feel free to surf to my blog post Prices Of Gold Bars

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...