Tuesday, 27 April 2010

:-> Yong Tau Foo



Mari buat Yong Tau Foo sendiri...

YONG TAU FOO


Bahan-bahan untu sos :
  • 10 tangkai cili kering - dibuang biji
  • 1 sb minyak masak
  • 25g kurosato / gula melaka
  • 1/2 sk gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb oyster sauce (E-na tambah)
  • 1/2 sk cuka (E-na tambah)
  • 450ml air
  • 2 cm belacan (E-na letak, xde stok)
  • 1 1/2 sb tepung jagung dibancuh dgn 50ml air (tepung gandum boleh juga)
  • 1/2 sb bijan goreng
  • Ajinomoto ( optional )

Cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
  2. Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
  3. Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
  4. Di dalam periuk, didihkan air bersama kurosato/ gula melaka.
  5. Masukkan cili yang telah di campur air tadi, belacan, cuka, oyster, gula, garam dan ajinomoto.
  6. Biarkan mendidih supaya cili kering masak.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Rasakan seimbang pedas, manis dan masin.
  9. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan :
  • chikuwa
  • kani
  • fishball
  • fish cake
  • gobo
  • yasai
  • kangkung
  • capsicum
  • dan lain-lain bahan yang sesuai

Ini je bahan-bahan yang ada...alhamdulillah...

Cara menghidang :
  1. Didihkan air. Celur sebentar semua bahan- bahan di atas.
  2. Angkat dan toskan.Potong ke dalam pinggan.
  3. Siramkan sos ke atasnya dan tabur sedikit bijan goreng. Selamat Menjamu Selera!

NOTE :
  1. Next time kurangkan cili, pedas amat! 6 atau 7 biji dah cukup...
  2. Jika kuah pekat tambahkan sedikit air panas bila nak makan.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Minami133

10 comments:

fuzidss said...

Salam....saya archive yaa. Thanks

indahhouse said...

salam kak E-Na,
Sedapnya! cantik kuah tu kak.! Femes betul resipi minami kan kak? Cuma saya lom try lagi. dtg anta pinggan jer. nasi da abes.. kihkih

Kamalia said...

salam..sedapnya ..sib baik aritu balik mesia sempat makan yong tau fu ni..ni kot hubby tau ni ade resipi yg senang ni, mesti dia suh buat..:p

Azmiezas said...

akak nampak yong tau fu awak ni, terus akak masuk sini,..(maklumlah akak ni peminat YTF..)..tapi tak reti nak buat..

So,..akak salute sangat kat awak,..pasal pandai buat YTF sendiri..

zue said...

sy slalu beli kat pasar mlm je bila sy balik kg MIL..anak2 x pndai mkn..sbb di johor lain sikit dia gunakan kuah mcm sup.

Faheem Jr said...

salam ena,sebahagian bahan-bahan dalam resepi kuah kat atas tu tak sama dengan resepi cikmin yang berniaga yongtaufoo ni :) tapi bila pelanggan beli,mereka sebut sume bahan2 kat atas tu..hihihi..pelik betul..

cHeRyNa PiReS said...

nasib baiklah ajinomoto tuh optional. sha mmg suka nieh. tp tak serajin mana nak buat sendiri....huhu...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nak cuba! saya tak pernah jumpa lagi mana2 bloggers wat YTF ni..


thanks E-Na..


malam nanti datang lagi...
dah nak balik ni..

E-na Zarina said...

fizidss : Wsalam kak...silakan...u r welcome

indahhouse :Wsalam...bahan2 yang senang dan senang nak buat kan....dok mesia beli jer kat p.malam..he he

Kamalia : wsalam...bestnya kan dpt balik...nanti boleh buat sendiri pulak..

Azmiezas : dah dok jauh kak..kenalah buat sendiri kalau nak makan...he he...

zue : E-na pun buatkan kuah sup utk anak2..yang ni pedas sket.

Faheem Jr : waaa mesti sedap cikmin punya YTF kan! bilalah dpt try ni...

cHeRyNa PiReS : ada org suka aji dan ada yg x suka so kena letak optional kan...boleh beli jer kalau nak mkn...E-na xde nak cari kat sini...he he

a.z.r.i.n.a.03.07. : rajinnya rina nak buat YTF!!! salute lah...nanti buat anto kat E-na sket yer..:-)

QasehnyaRania said...

as-salam.. singgah sini..

nak amik resepi.. nak cuba.. harap boleh la ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...