Thursday, 29 April 2010

:-> Bingka Roti Berjagung


BINGKA ROTI BERJAGUNG

Chef Azimah Mansor

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur
  • 150g gula castor (E-na letak 130g shj)
  • 100g butter (dicairkan)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 300g roti sandwish (E-na letak 220g -itu je yang ada)
  • 200g tepung gandum (diayak)
  • 1 liter santan (E-na guna fresh milk)
  • 200g jagung krim dlm tin ( E-na letak 2 tbs)
  • 80g kismis (E-na tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Pukul telur dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan butter cair, fresh milk, tepung gandum dan garam halus.
  3. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan tadi. Rendam selama 15-20 minit.
  4. Masukkan jagung krim dan kismis dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam casserole 20cm. E-na tabur hirisan ceri hijau diatasnya.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam.
  7. Sejukkan sebelum di potong. Sesuai untuk breakfast, minum petang dan majlis-majlis keramaian.
Note : Bingka roti berjagung ni kurang mendapat sambutan kat rumah E-na. Tapi nak try juga buat..he he.

Source : Kak Rinn


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

12 comments:

sayangsayangibu said...

bingka roti
memang best, tp...

baru sekali sya buat ;p
harus cuba nih...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam E na....penat k.atie mai dr jauh ...nk tumpang mkn bingka roti kt umah Ena nih!ada lg tak?????

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam E-na.



shedapnya...
tapi kita tengah mkn nasi lemak sengget ni...


mesti beli kat makcik ni.. teringat kat mak... rasa orang lama-lama buat..

☆ lieya latif ☆ said...

wah....ni mcm puding roti la kan....ya Allah...kecur tgk pagi2 ni hah...mcm terbau jek kaharuman bingka roti nieh.....

Nor Aishah said...

sedap ni bingka roti.. dah lama tak buat.. kat rumah ada belen roti petang ni harus buat minum dgn air kopi..

Katak Ijau said...

sedapnyer kak...
huhu...terlior...
leh try nanti2... :)

Azmiezas said...

Akak lebih suka bingka roti..perghh yg hangus2 sikit tu,..lagi sedappp..

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi my dear!!! hru doing???

mintak bingka cikit...hehe!

Akak, love duduk kat Klang je...dulu kat Bandar Bukit Tinggi, karang pindah ke Ambang Botanic...dekat je...hehe!

I've updated my new kitchen pics...have a look ya! :)

maiyah said...

sedap apa bingka ni..

E-na Zarina said...

sayangsayangibu : cuba jgn x cuba!

azatiesayang : Wsalam kak...rezeki k.atie tu ada lg separuh..ambik bawa balik semua pun xpe...E-na berdua dgn 1st daughter jer yg mkn ni...

Wsalam rina : ada lg n.lemak sehengget??? save budget!

zulaikha said...

waahhh.. best2. thanks kongsi resepi ni ye.. =)


salam perkenalan:

http://zulaikhamohdnor.blogspot.com

mamawana said...

Salam caiyang..

Bingka roti jagung. Gud idea. Esok mama nak wat....thnxs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...