Monday, 19 April 2010

:-> Strawberry Oreo Mousse



Kebetulan hubby beli sekotak strawberry so sempatlah E-na 'sorok' sikit untuk buat dessert. Kalau tak sorok 2 kotak pun habis di kerjakan ahli rumah ni...semuanya memang minat sangat ichigo (Strawberry).

STRAWBERRY OREO MOUSSE

Bahan-bahannya :
  • 200ml fresh cream / whipped cream
  • 15g gula castor
  • 10 keping biskut Oreo
  • Buah strawberry
  • Cocoa powder secukupnya (van houtan)
Cara Menyediakannya :
  1. Hancurkan biskut oreo, sekali dgn cream di dalamnya.
  2. Pukul fresh cream dgn gula sehingga menjadi cream.
  3. Masukkan serbuk biskut oreo ke dalam bekas dessert untuk jadikan lapisan pertama.
  4. Kemudian susun buah strawbery di keliling bekas.
  5. Masukkan fresh cream sbg lapisan kedua.
  6. Ulang langkah 3 dan 5 sehingga penuh.
  7. Ayak serbuk coco di atas fresh cream tadi.
  8. Hias buah strawberry di atas serbuk koko mengikut kreativiti masing-masing.
  9. Sejukkan di dalam fridge sebelum di makan.
  10. Sebelum makan kacau fresh cream dan oreo supaya bersatu untuk mendapatkn rasa yang yummy yummy....Selamat Mencuba!
Note : Sukatan ini dapat menghasilkan 5 dessert cup seperti gambar di atas.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

14 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

salam n slmt berkenalan E-na..
anak akak mesti suka resipi ni!

Sari Yusa Ibrahim said...

salam perkenalan..
disambut dgn resepi yang manis.. yummy!

Azmiezas said...

Apa rasa ekk??..

Rasa mcm ice-cream ke??..issyyy..tak boleh imagine ni..mesti sedap kan??..bak sini sikit..

izahdaut said...

salam ena..sangat meriah..waahh..tak daya menahan hati melihat mousse ituu

ima said...

salam e-na...sedapnya strawberry oreo mousse tu...nak buat pun cam senang je...tapi bahan tak cukuplah pulak...huhu terliur nih!!

♥CiK YaNNa♥ said...

sedapnyer.......

E-na Zarina said...

~~zAnAfAhMi~~ : Wsalam dan selamat berkenalan kak...betul tu kak, bdk2 biasanya suka dessert mcm ni...

E-na Zarina said...

Sari Yusa Ibrahim : Salam perkenalan juga...ya dessert yang manis untuk tamu yg manis macam anda...hehe

E-na Zarina said...

Azmiezas : rasa mcm ala2 softcream gitu...try kak baru tau rasa sebenar! hahaaa

E-na Zarina said...

izahdaut : wsalam izah...tak tahan ye? ambik lah resepi tu balik buat, pas tu anta sini sket ..he he

E-na Zarina said...

ima : Wsalam kak Ima...sedap kak! ala akak rasa je kat sini dulu..kikiki

E-na Zarina said...

Cik YaNNa : erm yummy! yummy!

SyuQ said...

waalllaaah

marvelesnyer kak
terliur tgk

E-na Zarina said...

Syuq: walla syuq dah selamat la dik...lenkali kita buat lg ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...