Monday 12 April 2010

:-> Macaroni Chicken Guratan


Guratan? Jangan terkejut ye.... di sini gratin di kenali sebagai guratan... E-na buat untuk minum petang. Plan nak buat seafood guratan tapi tengok dlm fridge tak ada stok udang dan crab stick... yang ada hanyalah daging burger dan sosej, maka terhasillah Macaroni Chicken Guratan.

Bagi yang sukakan creamy memang sesuai untuk mencuba resepi ini. Kalau nak pedas boleh makan dengan tabasco or chilli sauce.

MACARONI CHICKEN GRATIN (Casserole 20cm)

Bahan-bahan :
  • 150g macaroni
  • 1 keping daging burger ayam - dipotong kecil
  • 2 batang sosej ayam - di hiris kecil2
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu halus.
  • 2 sudu kecil butter
  • 150g mozarella cheese
  • Sedikit olive oil atau minyak masak utk digunakan semasa merebus macaroni.
  • Casserole 20cm

Cara Menyediakannya :
  1. Rebus Macaroni sehingga lembut. Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak ke dalam periuk merebus macaroni untuk mengelakkan macaroni dari melekat.
  2. Setelah lembut, angkat dan toskan.
  3. Panaskan butter. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan daging burger dan gaul rata.
  5. Masukkan sosej dan kacau lagi.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Masukkan macaroni dan gaul rata. Matikan api.
  8. Sapu sedikit butter pada mangkuk gratin.
  9. Masukkan macaroni tadi.
  10. Tuangkan white sauce.
  11. Taburkan cheese di atasnya.
  12. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 25 minit atau sehingga cheese bewarna perang. Selamat Mencuba. Sedap ni...ngeee
Bahan-Bahan White Sauce :
  • 400ml fresh milk
  • 2 tsp tepung gandum
  • 2 tsp butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara membuat white Sauce
  1. Panaskn butter.
  2. Masukkan fresh milk, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  3. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih.
  4. Setelah mendidih tutup api.


TIPS : Supaya macaroni tidak melekat antara satu sama lain - Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak semasa merebus macaroni.

Note for me : Hidangan ini untuk 2 kali makan

UPDATE 26/04/2010 :
Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
1) K. Sheila
2) Kak Aidah



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : Kak Zai

15 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ena..wah!pg2 dh mkn makaroni yer...atie tgk cam sedap jer.mintak la sepotong ka...2 potong ka...ngeeeeee

Azmiezas said...

Dah lama ahkak dok mencari resepi makaroni,..ari ni ahkak dah kena loteri,..so n so..boleh la di try..

tenkiu babes..

Cikgu Yang said...

Salam!! Wou, Bestnya... kalau pandai masak tentu family sukakan ?

Unknown said...

awak..compliment pertama: blog design sgt menarik, kecur air liur tengok stoberi merah menyala tu..

compliment kedua: mabeles tgk mac and cheese..tq for sharing, la ni anak ina tengah kemaruk ngan macaroni..

Acik Erna said...

E-na terima kasih..bagi resepi ni..akak tak pernah masak macaroni..nak cuba la..harap2 menjadi..

fuzidss said...

salam pengenalan Ena. terima kasih kerana sudi singgah. Memang pun nasi ayam tu fav anak2. I follow ya

E-na Zarina said...

azatiesayang : Salam kak...sorry la kak secubit pun xleh nk bg sbb dah abis daaaa...

E-na Zarina said...

Azmiezas : oo ye ke! alhamdulillah pencarian dah berakhir...selamat mencuba ye kak!

E-na Zarina said...

Cik Yang : Salak kak...setakat mkn sendiri je kak, bukannya pandai sangat masih dalam proses belajar lg ni...byk lg yg tak tahu...huhuuu

E-na Zarina said...

Adlina Husaini :
Tq sbb sudi singgah dan tinggalkn comment...sukeee.
Tq juga sbb ada juga yg suke template stoberi E-na tu...
errrm bole try resepi macaroni ni pulak kan...

E-na Zarina said...

Kak Erna : Salam kak...sama2 kasih hehe...try la kak, insyaallah jadi...simple je tu...

E-na Zarina said...

fuzidss : Salam kenal juga...anak2 E-na pun suke nasi ayam...I dh follow u...yeeaa

Yatie said...

Salam Ena, mmng sedap macaroni gruatin ni...yatie dah pernah buat, tapi tak n3 lagi...tapi yatie guna crab stick dan udang...ganti ayam pun sedap...

Zaitun said...

salam,

Keluarga kak Zai memang suka makanan macam ni, nanti kak Zai c/p ya mesti nak cuba bahan pun simple aje.

shapoji said...

tambahan nak ckat, utk rase sebati sile buat layer2 makroni dan white sauce....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...