Roti Canai segera yang di olah menjadi roti telur! E-na cicah dengan kari daging. Creative kan idea pencipta resepi ini...mari kita tengok bagaimana untuk menghasilkannya....
EGG PARATHA ROLL
Bahan-bahannya :-
EGG PARATHA ROLL
Bahan-bahannya :-
- 4 keping frozen plain paratha
- 3 biji telor
- sedikit daun bawang - hiris halus
- 1/4 biji bawang besar - dicincang halus
- sedikit lada sulah
- garam secukup rasa
Cara menyediakannya :
- Panaskan non-stick pan dan paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
- Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, lenggang sedikit pan supaya adunan telur membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
- Masak lebih kurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper.
- Gulungkan terus ketika masih panas. Buat sehingga habis.
- Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.
Tips : > Setelah masukkan telur dan lenggang menjadi bulat terus letakkan
roti diatasnya supaya melekat.
> Gulung semasa panas supaya senang membentuk di kala roti masih
lembut.
roti diatasnya supaya melekat.
> Gulung semasa panas supaya senang membentuk di kala roti masih
lembut.
Source : Gert
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
8 comments:
Menariknya...nanti boleh cuba buat..
Hehehe..penuh peti ais beli pratha erk!!
Kreatifnya..esok2 boleh la di try..
mcm sedap jer..
dah lama teringin nak makan roti canai telur, saya cuba buat tapi agak keras, boleh cuba resipi ni....
Alida Ali : cuba cuba jgn tak cuba tau...:-)
Watierman : Ha ha haa betul tu kak...3 bgkus sekali beli! sementara nak dpt resepi yg sedap..kikiki
Azmiezas : sedap dan senang nak buat kan...sesuai utk wanita bekerjaya yg rajin nak masak macam kak azmiezas kan...try kak!
fa10 : beli je yg frozen then buat mcm ni he he cepat dan lembut! try ye...
Post a Comment