Friday, 23 October 2009

:-> Apple Cake


Mari kwn2 kita makan kek apple...sedap kek ni tau..bahannya pn senang jer nak dapet...masa bakar tu baunnya harum semerbak, walaupun x masuk apa2 flavour pun...Bau dari whipped cream n epal tu yg mengancam kot...

E-na buat kek ni last 2 weks rasanya...nak bw g gifu tgk air show. Sblm tu dh buat then ada lebihan whipped crean tu yang buat lg...

Apple Cake

Bahan-bahan:-
1 biji epal merah saiz besar
2 sudu besar gula
100 gm butter (dibiarkan pada suhu bilik)
80 gm gula halus (boleh kurangkan jika x suka manis)
2 biji telur
100 ml fresh cream / whipping cream
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Loyang / acuan bersaiz 4 x 8 inchi

Cara Membuat:-
1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 3mm. E-na potong cube
sebesar 7mm nak bg rasa epal tu masa makan.Gaulkan dengan 2 sudu besar gula.
2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 3 minit atau boleh di masak
di atas dapur sehingga epal jadi lembut.
3. Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jadi bentuk krim.
4. Masukkan gula, pukul hingga menjadi putih. Masukkan telur satu persatu sambil
dipukul.
5. Kemudian masukkan fresh cream/whipping cream, kacau sebati.
6. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati dan
tuang ke dalam Loyang yang telah dialas dengan cooking paper.
8. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180 darjah celcius.


E-na bakar dlm aluminium mould ni jer..


Source : K.Ummi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...