Tuesday, 20 April 2010

:-> Custard Tea Cake


CUSTARD TEA CAKE
Recipe from The Australian Women's Weekly

Bahan-bahan untuk kek :
  • 125g butter
  • 50g gula caster (1/3 cawan)
  • 1 biji telur
  • 80g self raising flour (3/4 cawan)
  • 30g tepung custard (1/4 cawan)
  • 1tsp essen vanila
  • Loyang 9cm
Bahan-bahan untuk custard :
  • 1 tbs tepung custard (E-na guna strawberry flavour)
  • 1 tbs gula caster
  • 2/3 cawan fresh milk
  • 1 tsp butter
  • 1 tsp esen vanila
Cara Membuatnya :
  1. Alaskan loyang dengan cooking sheet.
  2. Sediakan bancuhan custard dahulu. Masukkan tepung custard, gula dan fresh milk ke dalam periuk.
  3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan butter dan esen vanila. Kacau sebati dan tutup api bila adunan agak pekat. Ketepikan.
  4. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  5. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
  6. Masukkan tepung custard dan self raising flour yang telah diayak bersama.
  7. Kacau rata.
  8. Panaskan oven 180 darjah.
  9. Masukkan separuh adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  10. Kemudian curahkan adunan custard ke atasnya. Ratakan adunan custard dan tinggalkan 2cm keliling loyang.
  11. Masukkan adunan selebihnya ke atas bancuhan custard tadi dan ratakan.
  12. Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga kek masak. Selamat Mencuba!

Source : K.zai


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

15 comments:

Watierman said...

Bangun pagi2 dah nampak kek E-Na ni....dah la Akak selsema ni....tekak lak pahit jer....nak jamah sesudu boleh!

MamaFaMi said...

Hari tu tengok kat rumah Muna, kastard dia warna hijau. E-na punya warna pink...sedap ye?

Azmiezas said...

Kek ni kalau makan petang2..sambil minum teh o kurang manis..mesti best kan??..

My Life My World said...

Hmmm nampak sedap, harus akak suruh anak akak buat ni ... sebab simple nyer... 'anak buat' heheheheh... bertuahkan mak dia.

Unknown said...

selama nie kita tau mkn jer...tapi tatau nak wat. adanya resepi nie, i'll try...

E-na Zarina said...

Watierman, rmanbkr: ambik lah kak rasa sket...tapi biasanya kalau tekak pahit ni nak mkn yg masam2 kan! Take gud care of ur health k..

E-na Zarina said...

MamaFami : E-na tgk kat umah kzai tu...rasa custard tea cake ni mcm butter cake cuma kat area custard tu yg beza sikit, lembut2 sweet custard.

E-na Zarina said...

Azmiezas : E-na pulak suka mkn kek yg suam2 tu...mmg x sabar2 nak potong...he he

E-na Zarina said...

My Life My World : Untung ada anak dara kan kak...mak boleh tunggu makan je...he he

E-na Zarina said...

anastasyea : lepas ni boleh try buat sendiri pula kan...

wan syamilah said...

custard..hmm sya mmg suka semua kuih muih yg ada tepung custard....

tgk cam best..nanti nk cuba la yg ni...cam biasa credit tuk ena nanti... :-)

wan syamilah said...

selama ni dok tgk resepi..tk terbuka hati nk try...tp bila tgk kt blog ena..cam excited lak..he3...

E-na Zarina said...

uMMiIra : Alhamdulillah LK dpt mmberi semangat syamila utk masak...try la...kecik jer kek tu...acuan 9cm...rasa mcm butter cake cuma special sket kat custardnya tu...hepy baking dear!!

wan syamilah said...

rasa custard tu yg plg suka...

Cahaya Keasyikan said...

wah..senang sgt..tbe2 rse lapa di pg yg hening nie..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...