Kuih Cara Berlauk E-na buat kejap tadi. Cadangnya untuk makan sampingan esok pagi selain dari nasi goreng tapi dah tinggal separuh. Bimbang kuih habis sebelum sempat shot esok pagi, terus ambil kamera snap sekeping dua gambar sekadar ada sebagai kenangan masak-masak di Negara Jepun.
Cara Berlauk kali ini menggunakan inti Spicy Tuna Mayo lebihan buat Spicy Tuna Pizza ahad lepas. Dan E-na tambahkan bawang goreng dalam kuih cara ini. Kalau dapat bawang yang goreng sendiri tu lagi wangi bau kuih cara ni. E-na pernah publish Resepi Cara Berlauk inti daging dan Cara Manis di sini (klik). Resepi inti Spicy Tuna Mayo yang E-na guna kali ini boleh tengok disini (klik). E-na letak juga resepi di bawah untuk memudahkan semua, tak perlu klik sana sini kan...;)
RESEPI SPICY TUNA MAYO
Bahan-bahan :
- 80 gram tuna flakes (1 tin kecil seperti gambar di atas)
- 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
- sedikit chilli powder (ikut kepedasan masing-masing/ xde pun xpe,lebihkan cili api)
- 1/2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sweet chilli sos / sos chilli thai
- 1 biji cili api di hiris halus dan nipis
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
- Panaskan minyak masak.
- Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
- Kemudian masukkan chilli powder dan sedikit air. Kacau sekejap dan masukkan sos tomato, sos cili dan sweet chilli sos, kacau rata.
- Masukkan tuna dan tekan-tekan dengan sudip supaya tuna yang besar-besar hancur.
- Masukkan mayo dan cili padi. Kacau sampai pekat sikit(jgn sampai kering) kemudian tutup api.
- Sedia untuk digunakan sebagai inti bun, inti karipap, sandwish, inti lempeng, inti pau, burger malaysia, tuna roll (sardin roll) atau apa sahaja yang sesuai.
Note Lovely Kitchen :
- Jika perlu boleh tambah garam dan gula. E-na tidak menggunakan garam dan gula dalam resepi ini kerana sos-sos yang digunakan telah mencukupkan semua rasa.
ADUNAN CARA BERLAUK
*menghasilkan 30 biji (bergantung pd saiz acuan)
Bahan-bahan:
- 100 gram tepung gandum
- 100ml santan tin (pekat)
- 300ml air
- 1 biji telur (+-65g)
- 1/3 sudu kecil garam
- beberapa titik pewarna kuning telur
Bahan-bahan Tabur:
- Inti daging / ayam /tuna di atas
- 1 biji cili merah besar - dihiris nipis
- 25 gram daun sup- dihiris halus
- Bawang goreng secukupnya
Cara-cara:
- Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, dan pewarna kuning telur ke dalam bekas.
- Kacau sebati.
- Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
- Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
- Sapu minyak pada acuan.
- Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan. Jangan penuh, sekadar 3/4 memenuhi acuan.
- Masukkan inti tuna, hirisan cili besar, bawang goreng dan sedikit daun sup ke atas adunan di setiap lubang.
- Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
- Set timer selama 7 minit. Tambahkan minit jika belum masak.
- Selepas 7 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
- Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua adunan.
- Sejukkan dan bolehlah di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
TIPS LOVELY KITCHEN
- SUPAYA KUIH CARA TIDAK MELEKAT DI ACUAN - Pastikan acuan di panaskan dahulu dan di sapu minyak baru isi adunan kuih.
- Set kan timer semasa memasak untuk mendapatkan hasil yang sama cantik warna masaknya.
- Boleh guna ACUAN TAKOYAKI untuk membuat kuih cara.
13 comments:
As'salam wahhh hebat tu cara belauk tuna...hari ni dua rakan buat kuih cara....hhehh cemburu juga ni hehehe cemburu x dpt makan aje heheh...boleh le cuba buat letak tuna pulak, biasa letak inti bedaging...tq resepi
Cantik...kemas je kuih cara E-Na...anak kak cek suka kuih cara manis...kak cek suka dedua...lama dah tak buat kuih cara berlauk ni...menarik tu guna inti tuna...mesti sedap ni kan...:D
sedapnya tgk kuih cara akak ni...lama dah tak buat:)
E-na, akak belum pernah buat kuih cara berlauk walaupun senang. Acuan akak jenis bulat tu, mcm tak sesuai nak buat.
Ena..... lawanya kuih cara dia.... nak makan ni sebiji-sebiji terus masuk mulut...sedap!
mai buka mulut ni...
akak sila suapkan kat ayu
dush overrrrrrrr ngeeee
sedap....
ni sebijik boleh masuk terus dlm mulut..xpenah rs yg inti tuna..boleh cuba kalau rajin..tq kak.
salam ena...mst anak2 liza suka kalau buat inti tuna...mst best kan...
Assallamualaikum E-na..
Wah bestnya cara berlauk kan tuna. I love tuna..
salam kak ena ^^
tun xpernah buat kuih cara sendiri.. since kecik tun suka mkn cara manis je. dh besar2 ni agak2 kalau try cara berlauk pulak maybe dh blh mkn kot.
Assalam E-na ,best ni cara berlauk selalunya guna daging ni versi tuna boleh buat untuk anak2
kak ena..sy sgt suke kuih ni...tapi xpnah lagi buat sndiri...sbb sng lg beli dari buat sndiri..kikikiki =p
cara berlauk ita suka sangat.. sedap.. tambah kalau pedas macam ni lagi la sedap.. buat guan tuna ye kak leh la cuba nanti
Post a Comment