Monday 28 November 2011

Ma'al Hijrah 1433





Hari ini 2 Muharram 1433H bersamaan dengan 28 November 2011. Masih belum terlewat untuk E-na ucapkan Selamat Tahun Baru Islam untuk semua pengunjung Lovely Kitchen yang beragama Islam. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindunganNya. Diberi kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaNya dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Hindari hasad dengki sesama sendiri, sentiasa berfikiran positive dan berusaha untuk memajukan diri sendiri. Hijrah itu Pengorbanan, Hijrah itu Perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk Perpaduan. 

Sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan kali ini bertemakan 'PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH'. Tema Ma'al Hijrah untuk tahun2 sebelum ini tengok kat sini(klik). Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana di beri peluang untuk menikmati kehidupan di tahun baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Salam Ma'al Hijrah 1433 untuk semua.


5 comments:

mamawana said...

Salam Ma al Hijrah. Lovely.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Salam maal hijrah akak
wah menu sushi plak ekkk

tun_telani said...

salam maal hijrah kak ena.. insyaAllah, moga thn ini lebih baik.

Amie said...

kreatifnya....tahun hijrah bersama sushi... jom E-na, sama-sama azamjadilebih baik dalam segala hal... insya-Allah Taala.

IXORAROXI said...

Salam Maal Hijrah jua buat Ena sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...