Thursday 3 November 2011

Pizza Mudah dari Bun Burger dan Sos Pizza di Jepun

Hari ini public holiday di Jepun. Cuti sempena Bunka Ni Hi or Culture Day. Nak tahu apa itu culture day klik kat sini dan di sini.

Hari cuti, E-na pun cuti masak untuk breakfast. Kasi peluang student yang bercuti dari lab menyediakan breakfast. Kat atas tu  breakfast yang di taja oleh insan kesayangan E-na pagi tadi...Pizza Mudah dari Bun Burger. Siap dengan Teh o panas. Oishii!!! thanks dear buatkan breakfast untuk kami...:) muaahhhs!!

Pizza mudah macam ni adalah menu favorite dan tak pernah jemu di Lovely Kitchen. Asalnya hubby yang ajar e-na buat pizza menggunakan roti. Ini makanan yang selalu hubby buat masa dia student undergrade dulu-dulu. Senang, cepat dan sedap di makan panas2. Stok sos pizza dan mozarella cheese mmg tak pernah putus dalam fridge. Senang bila-bila nak makan buat je. Kalau ada leftover lauk ayam, daging, sardin, tuna, salmon pun boleh di jadikan topping pizza. Resepi boleh tengok kat sini Pizza Roti Sardin.

Sos pizza di atas yang kami gunakan di sini. Susah juga nak dapat sos pizza yang boleh di makan di Jepun. Inilah satu-satunya yang kami jumpa. Ada di Tachiya dan beberapa supermarket. Jenis ini juga ada pack refill 100 gram dengan harga 105 yen. Biasanya sos pizza di jepun di masukkan ekstrak daging, itu yang tak boleh makan. 

Pizza Mudah untuk anak-anak cuma belah dua bun burger, sapu sos pizza dan tabur mozarella cheese, bakar dah cukup. Dan untuk mama dan papanya mesti campur sos cili sekali dengan sos pizza dan gaul rata kemudian tabur cheese dan bakar...Baru terasa pedas2 gitu. 

9 comments:

JaSSNaNi said...

memang kelassss sarapan tu.. sedap giler.. lagi2 nampak cheese.. baru kelmarin nai wat pizza kat umah.. bukan sekeping regular pizza.. bukan dua, bukan tiga.. tapi limaaaaaa tau.. aaa hambekkkk kau,. nak sangat makan 7 chessey pizza yg terbaru kat pizza hut, di sebabkan itu terus wat pizza kat umah.. makan sampai tak lalu.. tapi smlm nani balik umah petang pizza yang masih berbaki 2 regular size yg tak abis mlm kelmarin tu, abisss selesai di kerja anak2 bila diorang balik sekolah.. alhamdullillah.. budak2 ni kalau makan mmg tak hengat.. sbb tu mama diorang kalau wat pun tak hengat gak.. tak hengat donia.. wahahaha

Gee® said...

simple tp menyelerakan...ermmm... suke piza bikin sendiri....

tun_telani said...

kak ena.. meriahnyer cheese kat atas piza tu.. pakat2 ngan kak ida ye arini bekfes pizza kat jepun. hihi..

IXORAROXI said...

terimakasih share resepi mudah tapi memang bebudak suka ni..saya pun suka

Anonymous said...

beshnye...cik abg sediakan breakfast erk...bertuah la kak ena :)) sedap nampak pizza tuh

special moments said...

ye ke kak x boleh masuk....link ira
http://l0v32cook.blogspot.com
nape ekk....ermmm..nnt ira cek jap

Soo Hae Daa said...

wahhhh...resepi mudah n sedap..!! nk kena cuba nih..kak, kt msia cm xde je sos spageti gtu..main picit je tu kak? ala2 mayones kt msia tu eh? beshnya...

akuzle ayu said...

buat pizza neh kne kreatif n inovatif gitu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...