Monday 7 November 2011

Red Velvet Cake dan Salam Aidil Adha


Selamat menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji kepada semua kawan-kawan dan pengunjung Lovely Kitchen. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.


Raya Haji kami kali ke 3 di Nagoya Japan. E-na masak Nasi Dagang sebagai juadah di pagi raya. Solat Sunat Aidiladha bermula jam 10.00 pagi untuk semua muslims di Nagoya. Kemudian warga Malaysia mengadakan Jamuan Hari Raya bermula jam 12.30 tengahari. Pelbagai Juadah di sediakan oleh adik-adik tahun 2 Meidai dan Meikoudai. Antara menu utama Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Acar timun, Roti Jala + Kari Ayam, Nasi Impit + Kuah Kacang dan Spagethi serta menu sampingan kuih muih dan dessert di bawa oleh adik-adik dan family.

Gambar menu yang di snap selepas makan....masih banyak lagi ni...

Kaum Adam yang kekenyangan...


Kaunter khas untuk spagethi panas di ketuai chef berbaju melayu hitam...oishii!!! 


Di bawah ini Red Velvet Cake yang E-na bawa untuk di makan bersama. Deco di tengah malam, bila siap terus snap gambar. Gambar setelah di potong memang tak sempat nak ambil. Sibuk nak makan...hehe.


Kali kedua buat Red Velvet Cake. Kehabisan pewarna merah dari Malaysia menyebabkan kek E-na tak mengancam merahnya...namun tidak mengubah rasa dan tekstur  kek tersebut. Kali pertama buat Red Velvet cake untuk jamuan birthday Shasya. Masa tu buat Princess Cake tapi belum publish dalam LK...:p

E-na guna resepi dari Joy of Baking. Resepi di bawah telah di alihbahasa dan diedit mengikut bahan yang E-na guna.

RESEPI RED VELVET CAKE
(Loyang 20cm)

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung kek 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120 gram butter
  • 180 gram gula (bole lebihkan sikit kalau nak balance rasa masam n manis - sukatan asal 300g)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 240ml buttermilk (jika tiada refer cara buat buttermilk substitute di bawah)
  • 2 sudu besar pewarna merah (1 atau 1 1/2 sudu besar sudah cukup)
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Ayak tepung kek, garam dan serbuk koko bersama. Ketepikan.
  2. Alas dasar loyang dengan cooking sheet dan sapu keliling dinding loyang dengan marjerin.
  3. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius.
  4. Di dalam mangkuk pengadun pukul butter sehinga lembut selama 1-2 minit.
  5. Masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit.
  6. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga gebu.
  7. Di dalam bekas buttermilk masukkan pewarna merah dan kacau rata.
  8. Perlahan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Di mulai dengan tepung dan di akhiri dengan tepung juga. (Tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). 
  9. Di dalam bekas kecil satukan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan berbuih dan tuang segera ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 selama 50 minitatau sehingga kek masak.
  11. Cucuk dengan cake tester atau lidi sate pada kek untuk mengetahui kek masak atau tidak. Jika lidi keluar bersih maknanya kek sudah masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas jaring. 

Resepi Buttermilk Substitute boleh refer di sini atau di sini dan juga disini.

RESEPI BUTTERMILK SUBSTITUTE

Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar cuka atau jus lemon atau cream of tar tar (E-na guna cuka)
  • 200ml susu (E-na guna fresh milk)

Cara-cara:
  1. Masukkan cuka ke dalam bekas.
  2. Tuang susu segar dan kacau rata.
  3. Biarkan selama 10 - 15 minit sehingga susu menjadi agak pekat. 
  4. Kemudian boleh digunakan mengikut sukatan resepi.
NOTE : untuk buttermilk dalam RVC E-na masukkan 1 sudu besar cuka ke dalam cawan penyukat dan masukkan susu sehingga aras 240ml. Kacau dan biarkan seperti dalam resepi di atas.


Bagi Topping Cream Cheese RVC ini E-na guna resepi di bawah. Kalau nak guna resepi Cream Cheese Frosting dari Joy of Baking boleh refer di sini(klik).

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan:
  • 400 gram cream cheese
  • 200 ml whipped cream
  • 110 gram icing sugar or powdered sugar
  • Sedikit esen vanila
Cara-cara:
  1. Putar cream cheese sehingga lembut.
  2. Masukkan esen vanila dan gula. Putar lagi sehingga lembut lagi.
  3. Kemudian masukkan whipped cream dan putar lagi sehingga pekat.
  4. Boleh digunakan untuk hias kek. Jika terlalu pekat campurkan sedikit susu dan putar.

CARA-CARA MENGHIAS KEK
  1. Potong kek kepada 3 bahagian oleh refer disini(klik) untuk cara potong kek.
  2. Sapu cream cheese di atas setiap layer.
  3. Kemudian sapu keseluruhan kek dengan cream cheese.
  4. Hias ikut citarasa masing-masing. Boleh campur pewarna jika suka. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Klik di sini untuk lain-lain deco Red Velvet Cake.

15 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

heaven nyer org nagoya beraya....ayu menu raya x de pow kali ni sbb letih gi Nikko x habes lagik...last buat nasi hujan panas jer....kek kak e-na sangat WOWWWWWWWWWW

Amie said...

selamat pagi Ena, dan salamaidil adha...
walaupun jauh di rantau tapi nampak sambutannya cukup meriah...banyaknya hidangan!

IXORAROXI said...

salam aidiladha...meriahnya menu

dalila said...

Salam Aidiladha.... :)

Ida,Japan said...

slm aidiladha juga dari kami e-na...kami pun ada buat majlis hri raya semalam, cun la RVC tu

Juwita Jamaludin said...

selamat hari raya asidilahda kak.. seronoknya tgk kek tu cantik sangat

K.Nor said...

wahh meriah gak ya.. slmt hari raya ena

HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Ena sekeluarga.
Wah, sonok nya raya beramai2 ya. Cantik deco kek yg Ena buat tu.
Resepi Tiramisu tu nanti Along kongsikan ya..tunggu....

Unknown said...

Salam Aidiladha juga buat kak Ena di Nagoya...nampak meriah dgn kek yg mengamcam merahnya tu.:)

rahel said...

Ena...tak aciklah...takde nampak kek yang dah kene potong...emm..

Hanis MY said...

wahh meriahnyaa terliur tgk makanan tu esp RVC pujaan hati, nak buat sendiri macam tak reti je huhu... salam aidiladha...

Mamasya said...

Salam Aidiladha buat Ena sekeluarga.seronokkan bila berkumpul ramai begini....dg pelbagai menu. kek red velvet Enapun cantik terhias.

HomeKreation said...

E-naaaa... Along datang hantor kek Tiramisu ni... meh amik respi kat rumah.

Norasikin said...

Saya dah berkali-kali membuat RVC tapi hingga sekarang saya tertanya-tanya tujuan cuka dicampurkan dengan soda. Satu lagi yg tak faham ialah fungsi buttermilk tapi rasa kek memang berbeza dari yang lain.

Norasikin said...

Saya dah berkali-kali membuat RVC tapi hingga sekarang saya tertanya-tanya tujuan cuka dicampurkan dengan soda. Satu lagi yg tak faham ialah fungsi buttermilk tapi rasa kek memang berbeza dari yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...