Thursday, 10 November 2011

Chocolate Banana Cupcake dan Soubetsukai


Cupcake asal boleh je... dengan bahan-bahan untuk deco yang limited di dapur puas juga memikirkan camna nak buat supaya mencukupi. Whipped cream ada sikit, tak cukup untuk deco lebih-lebih dan tulis atas cupcake. At last wording E-na tulis di atas kertas yang dilekatkan dengan lidi sate...Letak potongan yellow peach dan chocolate syrup hershey's di atas cupcake. Kemudian tabur sedikit manik berwarna. Memang sempoi kejadian cupcake tu.


Bawa untuk soubetsukai / farewell party Dr. Mohd Fadzli  di Saizeriya semalam. Kedua-dua gambar ini dari kamera Dr. Fadzli...thanks! Tahniah atas kejayaan mendapatkan 'Doktor Falsafah' dan selamat kembali ke Malaysia hari ini.


Sebenarnya E-na guna resepi muffin untuk buat cupcake ini. Banana Chocolate Muffin pernah E-na pos kat sini dan resepi asal dari kak Am. Disebabkan E-na buat sedikit deco di atas muffin, jadi rasanya lebih sesuai di panggil cupcake. Memandai sendiri je mengubah nama muffin...Masa nak taip entry baru perasan yang nama cupcake terbalik. Sepatutnya Banana Chocolate tapi dah jadi Chocolate Banana....mengantuk ni dah malas nak betulkan semula... boleh lah ye.... ;p

E-na buat 2 adunan menghasilkan lebih kurang 36 biji cupcakes seperti saiz dalam gambar di atas. 


Banana Chocolate Muffin
(18 biji saiz cupcake di atas)

Bahan-bahannya:
  • 100g pisang (sebiji besar)
  • 100g tepung gandum (kali ini guna tepung kek)
  • 50g mentega dicairkan
  • 20g serbuk koko (E-na guna 35g utk 2 bancuhan)
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur -suhu bilik
  • 1 tsp baking powder (E-na tak letak sbb guna tepung kek)
  • 50ml fresh milk
  • chocolate chip/ almond/ walnut untuk di tabur di atas muffin (x buat sbb nak deco dengan whipped cream)
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven 180degree.
  2. Cairkan marjerin di dalm periuk dengan api perlahan.
  3. Tepung gandum, serbuk koko dan baking powder diayak.
  4. Masukkan gula ke dalam tepung tadi dan di gaul rata. Ketepikan.
  5. Masukkan pisang ke dalam magkuk dan lenyekkan dengan garfu.
  6. Kemudian masukkan fresh milk ke dalam pisang tadi dan kacau rata.
  7. Telur dipukul sedikit dengan garfu supaya bergaul kuning dan putihnya kemudian masukkan ke dalam pisang tadi. Kacau sebati.
  8. Kemudian masukkan tepung tadi dan kacau sebati.
  9. Akhir sekali masukkan marjerin yang telah dicairkan tadi dan kacau rata.
  10. Sendukkan ke dalam muffin cup sehingga 2/3 cup dan taburkan chocholate chip/ almond cincang di atasnya.
  11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 25 minit. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen. (Sebab cupcakes saiz kecil jadi waktu membakarnya hanya 20 minit kali ini.)

19 comments:

Ctnaemah said...

E-ena..mula2 akak ingat soubetsukai tu resepi juga..hahahah ;)

nonierahman said...

kak ena bestnya cupcake.cupcake pisang pulak tue..nak cubalah nanti

Juwita Jamaludin said...

Dah nak balik dah.. Dia utem juga sama dgn kitaorg tapi fakulti mekanikal..

Rajin kak ena deco2 seronok tgk..:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rajinnyer kak e-na buat
if ayu la dh terjah saize x der nk bawa benda bagai...dasar pemalas khen....congrats dr fadzli even x kenai pong ngeeee.....ramainyer umat mesia kt situ....mesti BISING kat ruang tu ngeeee

CT Delima said...

As'salam E-na

Tr kasih sebab izinkan k.ct tepek resipi kek lapis pandan tu ya, memang sedap, lembut betul. siap ada request dari family suh buat lagi ..hehehe.

E-na..k.ct suka masuk dapur E-na ni senyap2.. hihihi suka tgk hasil yang E-na buat semuanya sedap. yang cupcake ni pun nampak sedap. cuma nak buat stok pisang tak ada..kita tunggu ada pisanglah boleh cuba nanti ehh..hehehe

Lieya said...

Dapnyeeee.....

Anna Qawina said...

aslmkm Ena..sihat? cantik gak Ena deco tu..kalo akka tak tahula..hehe
Tahniah buat DR.Fadzli

Ida,Japan said...

rajin e-na deco cupcake....sedapnyer, geram nk capai satu he..he

Alin Marlini said...

cantik jugak tu...

Tina Othman said...

wah bestnya, comel comel cupcakes tu

Amie said...

lawa-lawalah.....rajin Ena, kreatif tangan dia...

Soo Hae Daa said...

Akak ni buat pe pon mjadi aje....kagum n jeles dlm st masa..boley gtu? Kikikiki...

Nieza said...

rajinnya kak Ena buat muffin...siap deco cun lagi.

rep: talam suji tu boleh jer kalau akak nak gantikan dengan serbuk choc tu tapi dulu nieza pernah juga buat yg tak bubuh choc emulco tapi rasanya sedap juga:)

cik cek said...

Simple dan cantikkkk...comelnya papercup cake tu....secomel cupcakenya jugak.....senang nak dimakan bila saiz cecomel cam gini kan...

JaSSNaNi said...

amboiiii canteknye cupcake tu.. :) rajinnya e-na buat ye.. :) ehehe.. nani simpan resepi terus ye.. :) nanti nak try gak.. bila2 nak balik kg leh bawa balik buah tangan.. :D ehehe..


e-na.. nani dah buat karamel kek tu.. ;) alhamdullillah..

ijan said...

Kak E-na,
saya suka tengok corak cups yang comel2 tu. kat sini susah sungguh nak dapat yang kiut miut lagu tu :)

Otoko meidai yg paling canggih d muka bumi ini said...

TQ k.Ena nagoya...saya jd bukti sbb cupkek ni sedap..kami otoko meidai da th yg k.ena mesti buat kek nyer..tu yg jemput family k.ena jugak..xsabar2 mnanti kek E-na mlm aritu..hahaha

Ashley said...

aslmkm Ena..sihat? cantik gak Ena deco tu..kalo akka tak tahula..hehe Tahniah buat DR.Fadzli

Matthew Mack said...

Simple dan cantikkkk...comelnya papercup cake tu....secomel cupcakenya jugak.....senang nak dimakan bila saiz cecomel cam gini kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...