Thursday, 17 November 2011

Kek Karemel Alunan Kasih


Gabungan Puding Karemel dan Kek yang lembut di pisah kan dengan lapisan coklat menjadikan Kek Karemel Alunan Kasih begitu menawan. Masih menggunakan resepi Kek Puding Karamel Pelangi(klik) cuma di tambah serbuk koko sebagai border antara warna-warna kek. Salah satu menu sampingan semasa makan nasi kerabu(klik) dalam entry lepas. E-na guna 3 perisa, perisa pandan dan pewarna hijau, perisa pisang dan pewarna kuning telur dan esen vanila pewarna biru....sebenarnya yang biru tu asalnya nak buat perisa coklat tapi nanti tak nampak pula line coklat.


RESEPI KEK PUDING KAREMEL ALUNAN KASIH
Loyang 8 inci / 20cm tinggi 3 inci

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek Bahan 1.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar


Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Rich Taste Choco (yg buat hot chocolate/air rasa manis2 sikit) / cocoa powder / Milo untuk di tapis pada setiap lapisan
  • Perisa pisang dan pewarna kuning telur
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • Esen vanila dan pewarna biru



UPDATE Gambar chocolate dan Milo pada 1.31pm 17 nov 2011.
Gambar Rich Taste Cocoa (yang guna buat air / hot chocolate) dan Milo untuk di tapis pada setiap lapisan kek. Rasanya lebih manis dan sedap...kalau serbok koko biasa terlebih banyak letak akan pahit sedikit...kdt to kak Anna Qawina mengingatkan E-na ttg ni...baru perasan yang e-na tak masukkan serbuk koko dalam bahan2 kek. sorry ye...


Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan anda.
  9. Masukkan semua 1 bahagian/ warna ke dalam loyang karemel. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .
  10. Ayak milo/ serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  11. Masukkan adunan warna ke 2 di atas serbuk koko perlahan-lahan supaya serbuk koko tidak bergerak.
  12. Kemudian ayak lagi milo / serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  13. Masukkan adunan warna ke 3 di atas milo / serbuk koko dengan perlahan.
  14. Bakar dengan suhu 160 degree selama 50 minit atau sehingga cake masak dengan cara bain marie
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.



  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.
  3. Kalau dah cuba resepi ini boleh tinggalkan message untuk E-na backlink blog anda....



Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry CARA BERLAUK SPICY TUNA MAYO and new Lovely Messages. Thanks...


25 comments:

Lieya said...

Ado doiiiii... sedapnyeeeeeee

Ina Haireina said...

kak ena... sedaaaaaaaaappppppp dan caaaaaaannntiiiiiikkkkknyeee... tergoda rasenyee.. terus terbayang2 bahan2 di dapo.. tapi tak cukup la pulak.. nak cikit... ehehhe..

Sheila Shafeareen said...

As'salam pehhhhhhhhhhh terbaik menarik hebat....dah tegoda....nak bagi jatuh cinta buat x pasti lg....mmg negok pun dah ter...nak mkn hehehe..tp dah habis ye.......

CT Delima said...

As'salam E-na


cantiknya..dah bermacam2 dah bentuk kek karemal ni kan. k.ct juga masih tahan kebal lagi ni nak buat..hahaha. pinjam kata2 Nor secubit garam ni..hehehe.

insya'Allah nak cuba juga bila semua anak2 dah ada dirumah nanti :)

Gee® said...

canteknyaaa... semlm dh berangan nk buat kek ni tp anak pulak oder apam dot-dot untuk jamuan sekolah dia... aduhhh...hr ni kena buat jugak...sangat terlior!!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ayu ada buat gak dulu
tapi kan cake dia x segebu akak la
ada bintik2 tu...awat ekkk

Anonymous said...

kak ena, nak tanya ni, serbuk koko tu nak letak banyak ke sikit?

cik cek said...

Kek ni memang sedap dimakan...mcm2 versi ada...yg ni berombak beralun kasih lagi...cantik dipandang...emmmm...memang sedap dimakan....lenkali kak cek nak cuba versi nila pulak...:)

Asmara said...

Awat cantik sangat ni kak? Buat perhiasan boleh? Heheh. Kemas betul alunan kasih dia tu. Nmpk sgt tukang buat org yg teliti. Hihi..

tun_telani said...

kak ena.. mmg dh mcm2 pesen dh kuar kek karemel nih, tun x buat2 lagi smp skrg.. hoho.. terliur, tp virus M kerap sgt menular.

Ummi said...

Assalam E-na...waaaah kek beralun berombak pulak eh....waaah bole cuba lak kaaannn... adeeei melemaktepukan badan la jawabnya... :))

Ida,Japan said...

emm...kek karamel dia pun beralun kasih jugakk...cantikk!!warna yg menarikkk

nur easy said...

hailah.. tatau nak ckp apa kalau tgk kek ni

Anna Qawina said...

cantik alunannya tu Ena, kalau nak lg sedap tabur serbuk milo/coklat yg kita buat bancuh air tu, tak takut pahit kalau dah terlajak tabur, sedap2 pun sedap..heheh..cadangan akak la..

Unknown said...

cantiknya...sure sedap..

Unknown said...

bila turn akak nak buat ni, asyik tengok, telan air lior, tengok blog org, telan air lior...huhu....susah la E-na kek ni..

Adry@Daun said...

As salam E-Na,
Nama kek mcm tajuk lagu je..hehe..

Yana Shaiful said...

Salam Ena..mmg terbaekk laaa..gabungan kaler yg mantop :)

Acik Erna said...

E-na..acik nampk buhah kegemaran acik tu..persimmons..disamping tengok kek yang cantik.

Kamalia said...

Wow wee kak..cntik sungguh.kot sy xtentu dpt jd sebegitu cntik nih..xpenah cube buat pun..iA,klau berani nl cube gakla..

Cheq Sue said...

cantiknya alunan tu, tapi yang paling cheq sue suka tu la pisang kaki...lama sungguh tak makan..

Soo Hae Daa said...

akak..!! speechless...sgt cntik...kalernya...kemas betol akak buat..huwaaa....nk jugak...

HomeKreation said...

Salam Ena. Creaive nya kombine dgn alunan kasih.. cantik!
Ni Along hantor kek roll gambor2 stoberi, E-na kan suka stoberi....hehe

K.Nor said...

k.nor mmg suka tengok kek hasil tangan ena ni.. cantik2 :)

arpah said...

tq...ena...sbb share resepi kek puding karemal nie..mmg terbaiklah...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...