Bertambah lagi satu bahan masakan di jepun yang boleh di makan. Perencah Tandoori Maggi Nestle yang di pack di Kobe,Jepun. Hubby tengok ramuan yang diguna tidak mencurigakan. Satu kotak sebelah kiri dalam gambar dibawah ada 5 pack kecil (1 pack utk 1kg ayam). Rasanya pun sedap. Boleh menjadi pengganti perencah tandoori Maggi Malaysia(klik) yang telah habis. Ada di jual di Amica (klik).
E-na campurkan dengan perencah Tandoori dari Pakistan (kotak kiri dalam gambar di atas, ada di jual di Halalya - klik dan Zafar Halal Food Store Kanayama - klik). Memang sesuai dan rasanya wallla...best! best! Mula-mula dulu E-na guna Rempah Tandoori Malaysia buat seperti resepi di bawah. Hubby dan anak-anak minta buatkan lagi tapi perencah tandoori dah abis stok. Nasib baik jumpa perencah tandoori yang ada kat jepun, tak perlu pos dari Malaysia lagi.
Perencah Tandoori Pakistan tu kalau guna dia saje tak kena dengan tekak isi rumah E-na. Rasa rempah dia lain sikit. Tu yang dapat idea campurkan dengan rempah tandoori Malaysia...sedap pulak kejadiannya. Jom cuba resepi simple tapi tak jemu di makan. Gaul je sekilo ayam pastu frozen dalam ziplock plastic kecil2 untuk sekali goreng. Bebila nak makan defrost kejap dan goreng. Kalau nak bakar pun boleh...mana-mana yang senang lah ye.
RESEPI AYAM GORENG TANDOORI REMPAH PAKISTAN
Bahan-bahan:
- 1 kg ayam di bersihkan.
- 35 gram Perencah Tandoori Maggi
- 1 sudu besar perencah Tandoori Pakistan
- 1 sudu kecil garam halus (kurang pun bole)
- Perahan lemon / limau nipis secukupnya.
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan dan gaul rata.
- Lumurkan pada ayam, perap sekurangnya 30 minit.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Bakar pun boleh.
- Hidangkan ketika panas. Sedap di makan begitu sahaja atau di makan dengan segala jenis nasi.
Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry RED VELVET CAKE DAN SALAM AIDILADHA . Thanks...
13 comments:
wadduh!! mengancam lah ayam tandoori ni....
bestnye kak ena..xpenah la pulak nak buat sekilo terus pastu frozen..bagus2, good idea la kak..
byknye link halal food..nak check it out pasni..tq kak.
menyelerakan betul ayam tu.kat mana pulak nak cari rempah tu. klu guna rempah jenis lain boleh tak
ida selalu beli rempah beriani brand ni..pun sedap sgt, tapi pedasss la..ida beli pes tandoori india.... yg ada jual kt kedai KALDI kt sini, dh byk jenis cuba...kekadang ada yg bau dia pelik sikit, terpaksa tambah apa yg patut he..he, goreng pun sedap, bakar mkn ngan roti naan pun sedap kan..yg rempah tandoori pakistan ni belum pernah beli..nanti boleh try
as-salam
Waaah..sedapnye ayam tandoori..sedap mkn dgn roti naan..
alahai sedapnya ayam tandori... nmp[ak garing je tu, mesti sedap ni kan..leka meratah je, lupe nak makan ngan nasi ^^
Sedapnyeee....!!! !!
boley try la beli perencah tue...
nampak sangat sedap dan menggoda jiwa....auwwwww
nampak sedap..kalau rajin memang macam2 cara boleh dilakukan supaya memasak jadi mudah macam E-na buatkan..frozen je, nak makan defrost & goreng!
Amika takde la belah tohoku ni. tp mcm pernh nmpk kat yamaya kot. nnti tengok lagi. :D
Salam kak E-na..
selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga. kami pun memang gemar ayam tandoori goreng macam ni. sedappp :)
Enaaaaaa... cedap nya ayam tandoori! Maceh hantor kat Along tadi ya! Datang nak minta lagi...hehe.
kak ena.. tak pernah beli jenama ni.. ita selalu beli kat baticrom je. kat lain tak pernah cuba beli rempah tandoori.. nanti leh la try.. tentunya sedap ye
Post a Comment