Sekadar berkongsi pengalaman E-na menghias RVC. Mungkin boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk beginner macam E-na yang tidak pernah mengikuti mana-mana kelas membuat kek atau kelas mendeco kek. Pelbagai kemungkinan yang kita tidak jangkakan mungkin berlaku semasa proses menghias kek. So be prepared..;)
Bangun 4.30a.m nak deco RVC. Bancuhan cream cheese yang pertama lembik tak boleh nak deco langsung. Simpan adunan cream dalam peti, kemudian putar lagi cream lain (Cream cheese yang tak jadi frosting ini E-na buat Tart-Klik). Nasib baik beli cream cheese and whipped cream banyak kalau tak mana nak cekau pepagi macam ni. Nak jadi cerita bancuhan yang kedua juga tak jadi sekental bancuhan yang E-na buat untuk RVC sebelum ini (klik kat sini). Padahal guna bahan-bahan dan cara yang sama, tak tahu di mana silapnya.
Bila cream lembik nak buat deco memang tak menjadi. Deco simple tapi lebih mencabar sebab cream susah di bentuk. Masa nak buat frame keliling 'H' tangan terlari sikit dan cream merah jatuh setompok atas kek. Adoiiii nak kena buang cream merah berhati-hati supaya tidak menjejaskan kek. Walaupun frame hanya kotak segiempat tapi nak dapatkan straight line dan balance kedudukan 'H' is not easy as imagined..
Untuk lukis simbol 'H', E-na trace, gunting pada cooking sheet dan letak atas kek. Lukis sikit dengan pengcungkil gigi dan angkat cooking sheet. Sekali lagi cream yang masih lembut tertarik bersama cooking sheet...tak nampak pun yang lukis tadi dan coating dah jadi tak rata. Moral of the story kalau nak buat logo macam ni kena sejukkan dulu kek yang telah siap coating dalam fridge. Bila dah beku baru senang nak lukis. Ye ke? tak taulah boleh ke tak...tu my opinion shj.
E-na letak kek Red Velvet yang di hancurkan menghiasi sekeliling kek. Caranya potong cooking sheet lebih kurang 2 inci x 4 inci sebanyak 3 keping. Susun di keliling bawah kek. Tabur kek hancur dia atas cooking sheet dan tekapkan cooking sheet rapat ke tepi kek. Buat untuk ketiga2 kertas kemudian angkat cooking sheet dan letak pula di bahagian kek yang belum di lekatkan kek hancur. Buat di sekeliling kek.
Kemudian menggunakan Wilton round nozzle no. 12 untuk big dots keliling atas dan bawah. Tambah dengan small dots menggunakan Wilton round nozzle no. 4 bewarna merah di atas big dots sebagai penyeri. Boleh guna plastik piping yang di potong di dihujungnya jika tiada round nozzle. Siap Deco pukul 7.30a.m....Disebabkan frosting buat dua kali tu yang sampai 3 jam. Alhamdulillah berjaya juga siapkan...
Credit to Mohd. Rahmat and Siti Baidurah untuk gambar kek yang telah dipotong. Thanks so much...:)
Lagi Cerita Red Velvet Cake dan Resepi RVC klik di bawah:
12 comments:
Akak! Terima kasih panduan2 yg diberi mmg berguna sangat! Kekemasan setiap kek akk mmg tak perlu dipertikaikan lagi! Great job!!
e-na..... amboiii sedapnya kek.. ada simbol H lagi tu.. tu yang mahal skali tu.. ngeh3..
blk mesia boley buat bizz juai kek ni....yummy...bertuah ur kids dpt mama rajin bikin cake ngeee
E-na..cntik dah tu..ena memng dah mahir dalam membuat kek dan menghiaskan kek ni
kwn e-na yg ni la yg nak tempah ari tu ye..bila cuaca dah sejuk biasanya cream susah nak lembik...ida pernah buat masa summer hari tu, cream mmg cepat cair..apa2 pun tetap kemas dan cantikk la...
memang sangat berguna untuk orang seperti kak Amie yang keras tangan ni... terima kasih ye E-na cayangggg...
Kemas dah tu kak.. Thanks atas panduan tu.. Pasti sedap byk dapat tempahan
Thanx kak..dulu sy guna resipi org lain,iA next time nk buat sy ikut yg akk guna nih..sblm ni pun sy nye cream cheese tu mmg xboleh dibentuk lgsg padahal sblm guna tu mmg sejukkn dulu..cream tu ttp jd cair..terima kasih ats tips yg akk bg kat sini..amt brguna buat sy..
waa mintak sepotong..heee
simple tapi mencabar mnda deco ni...
wahhh...sgt cntik ni kak...!! mmg leh buat bisnes dh ni =)
Seeeeeeedaaap saaangaat ni teacheer!!! Aaaaah buat pavlova lak! Hehehehe nak belajarr!!
---AthirahK
Post a Comment