Wednesday, 23 November 2011

Strawberry Cheese Tart


Pastry yang rapuh dan gebu, rasa masam manis jem strawberry di dalamnya bertambah lazat dengan topping cream cheese yang lembut....STRAWBERRY CHEESE TART. Lebih sedap jika dimasukkan hirisan buah Strawberry segar di atas lapisan jem.....



Menggunakan cream cheese yang lembik dan tak boleh di bentuk untuk mendeco Red Velvet Cake tempohari (klik). E-na cuma tambah 2 biji telur ke dalam adunan cream cheese. Buat satu adunan pastry di bawah dan hanya menggunakan separuh dari adunan cream cheese yang sedia ada itu. 


RESEPI STRAWBERRY CHEESE TART


Bahan-bahan Pastri:

  • 125 gram butter
  • 50 gram gula kastor / halus
  • 1 biji telur
  • 250 gram tepung gandum
  • 1/3 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • Acuan tart 18cm dan 16cm
Cara-cara:
  1. Pukul butter, gula, garam dan esen vanilasehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Sejukkan selama 10 minit di dalam peti ais untuk mendapatkan doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
  5. Bulatkan doh dan tekan di dalam acuan tart. Cucuk dasar doh dengan garfu.
  6. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius sehingga separuh masak selama  20-25 minit (bergantung kepada saiz tart).

Bahan-bahan untuk  Cream CheeseFilling:
  • 200 gram cream cheese
  • 100 ml whipped cream
  • 60 gram icing sugar or powdered sugar
  • 1 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • Jem Strawberry secukupnya

Cara-cara:
  1. Putar cream cheese sehingga lembut.
  2. Masukkan esen vanila dan gula. Putar lagi sehingga lembut.
  3. Kemudian masukkan telur, putar sebati.
  4. Masukkan whipped cream dan putar lagi sehingga berkrim.
  5. Sapu rata Jem Strawberry di atas pastri.
  6. Tuang adunan cream cheese filling diatas jem sehingga sama paras dengan tebing pastri.
  7. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 35 minit atau sehingga cheese masak.
  8. Sejukkan sebelum di keluarkan dari acuan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Boleh hiaskan dengan sedikit jem strawberry dan buah strawberry segar di atas potongan tart semasa menghidang.


10 comments:

ady said...

as-salam
wahh mabeles... strawberry heese tart!!..yummy..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kak e-na cheq dah buka mulut ni
suapkan sket ngeeeee
punah diet hari ni hikhikhik
oishii sou

tun_telani said...

sedapnyer!! sedapnyer!!! dh lama x makan tart.. (salah sendiri sbb malas nk buat.. huhu)

NS Creation by Safura Hisamuddin said...

emm...sdapnye...nk try la, tapi agak2 bole x nak ltak fresh strawberry dlm cheese tu? hehe ;)

Azian Nd said...

sedapnya nampak....
teringin nak buat ...

Asmara said...

terror akak, ada je idea nak dibuat cream cheese yg tak jd tu. hihi.. ni pun mesti sedap!

Amie said...

ooohhh..tersangatlah cantik dan nampak kelembutannya....yummy!

NMR said...

assalamualaikum kak.
saya tak pernah lagi buat tart dalam acuan besar 18cm camni.
selalu buat yang kecik2 size terus masuk mulut.
hehehe~

nak tanya,
1.kalau guna acuan besar camni,
waktu bila baru boleh mula potong?
2.ada teknik ke nak potong supaya pastri dye tak pecah?
3.guna blueberry pun sedap jugak kan...
4.sblm ni buat tart/kek tak pernah guna whipped cream.boleh bagi link gambar whipped cream akak guna?
tq.
:D

Soo Hae Daa said...

tgk tajuk mula2 td tbayang cheese tart yg kecik2 tu...tgk2 slice2 gni...akak sgt kretif...mcm boleh buat...kagum..!! =))

synadee said...

wahh nmpk sedap.boleh cuba nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...