Monday, 14 November 2011

Udang Goreng Tepung


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Udang Celup Tepung atau Udang Goreng Tepung, mana-mana pun boleh. Bagi yang suka menjamu selera di kedai masakan panas thailand mesti pernah merasai kenikmatan udang celup tepung. Boleh tahan juga harganya kan. Sepinggan dalam 5 atau 6 ekor  berharga lebih kurang RM3.50. Kalau nak makan banyak kita buat sendiri. 


Nak buat Udang Celup Tepung tak susah cuma perlukan masa agak lama untuk penyediaannya. Makan kejap je habis kan. Bagi E-na memang berbaloi masak udang celup tepung sebab anak-anak dan hubby memang suka sangat. Kalau nampak udang tersusun seperti dalam gambar di bawah, semua dah tau mama nak buat udang celup tepung. Memang excited nak makan dan tak sempat nak snap gambar. 



Udang Celup Tepung ini sedap di hidangkan panas-panas baru terasa keranggupan tepung yang menyaluti udang. Boleh di goreng lurus seperti ebi tenpura (udang tempura) dan ebi fry (udang goreng breadcrumbs) atau boleh juga dibiarkan bengkok semulajadi seperti di sini (klik). 



Resepi Udang Goreng Tepung Kedai Thai

Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 20-30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. (Goreng terus pun boleh)
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan bahagian ekor udang benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
Note :
  • Sukatan resepi diatas cukup untuk 30 ekor udang bersaiz 3.5 inci hingga 4 inci panjang.
  • Kali ini E-na terus goreng selepas 5 minit bancuh tepung. Ikut kesesuaian masa, rasa udang tetap sama. Cuma jika biarkan dlm 20 minit tepung lebih kembong.
TIPS LOVELY KITCHEN
  • Hiris menyerong bahagian bawah udang untuk mendapatkan udang  yang lurus. Buat dalam 3-5 hirisan  ebrgantung kpd saiz udang(sikit je jgn sampai putus pulak).
  • Pastikan bahagian ekor udang (yg tidak bersalut tepung) betul2 kering sebelum masak bagi mengelakkan dari minyak meletup.
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....
  • Biarkan bancuhan tepung selama 20-30 minit sebelum digoreng untuk dapat salutan tepung yang kembung pada udang seperti disini (klik).

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Chocolate Banana Cupcake dan Soubetsukai and new Lovely Messages. Thanks...

Klik link di bawah untuk melihat hasil dari dapur rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...


17 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

fav si adam ni
kak e-na omedetou dapat baby baru auwww bestnyer 111111 number yg cukup cantek...ngeee dah sehari sblm tu dok citer pasal jishin then ada org tnya akak dah bersalin ka blm baru ayu taw akak preggy...sebab bdn x nmpk mcm preggy pong....congrats again kak...hugs ketat2 baby na

E-na Zarina said...

weiiii ayu...silap tu, bkn k.ena la yg dpt bb....family malaysia kat sini dpt anak yg ke 3...bb boy 11.11.11 ari tu kul 11.13 pagi....hiks

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...ni akibatnyer baca comment di saat2 nk htr adam p youchien ngeeee...gomen kak

Anna Qawina said...

salam Ena..dah musim sejuk kan kat sana..harap sihat selalu ya..
sedapnya ratah udang..

Kak Rose said...

e-na, cantiknya udang tu berposing.... salutan tepung yg kuning keemasan...meleleh air liur pepagi ni...

kalau kak rose buat kenapa x jadi cantik cam ni... serebeh jer! nak wat pun sekarang ni alegik sangat2 ngan udang!

Liza said...

salam ena....peberet liza ngan anak2 ni....sedapnya mkn panas2...

Acik Erna said...

E-na sedapnya udang goreng ni..cantik je kkejadianya..ambik resepi ye ena.

Gee® said...

adoiii.... cute jer udang tu beratur...tak sabar nak ngap!!

Anonymous said...

sedapnya, simple je resepi dia, kalau makan kat kedai dah lah sikit kadang2 tak sedap

ady said...

as-salam
npk sedaplah udang goreng tepung ni..kalau mkn satu pun tak cukup ni..
mohon resepinye..

Lieya said...

Uiii yum yummm... udang celup tepung pulak, siap ade measurement udang ngan tepung tu, memang terbaiklah kak... lepas ni boleh ukur udang utk sukatan yg akak berikan.. ehehehe

IXORAROXI said...

kalau masak udang macam ni memang tak dan dengan nasi, habis diratah je ni..sedap nampak udang tu Ena

Cendana Kasih said...

betul kata Ena, kalo kat kedai tu, 5-6 ekor jer..tak puas makan,,mana berebut ngan anak2 lagi..baik wat sendiri kan..TQ 4 recipe.. akan dicuba dalam masa terdekat

cik cek said...

Ni lak fav anak dara kak cek...cuma ibu dia je tak rajin nak buat..he he..:D

Anonymous said...

penah wat sekali mmg jadi resepi google je
menu ni akan wajib oder tiap kali g makan kt luar hee

Amie said...

Assalam Ena... kak Amie datang bawa tupperware ni... nak tapau kedap2 udang slaut tepung tu jangan bagi jatuh...nak bawa balik ni, nak makan sorang2...sedapnya!

Sally Rashid said...

Kita telah mencuba resepi Udang Goreng Tepung ni pagi tadi...alhamdulillah..sungguh sedap
Kalau nak tengok hasilnya sudi-sudikan jenguk blog kita http://sally-rashid.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...