Thursday, 3 November 2011

Heavenly Carrot Cake




Makin di selongkar makin banyak khazanah yang tersimpan dalam memory laptop E-na ni. Khazanah berharga untuk mengingatkan kembali apa yag pernah di masak di Lovely Kitchen Yamate Biru. Heavenly Carrot Cake resepi kak Ida 1001 resepi (klik) dan di kongsi oleh Mat Gebu Tiffin Biru (klik). 

E-na buat kek ini masa my other half balik dari conference. Seminggu kena tinggal dah miss him like crazy...eeeeiii rindu lebih teruk dari masa bercinta sblm kawin...;p


Kebetulan masa my other half balik tu maal hijrah so conteng-conteng sikit sebelah kek dengan wording Maal Hijrah 1427...jadilah seperti di bawah...



Pandangan kek dari atas....Resepi ambik di dapur Cik Mat Gebu (klik).



RESEPI HEAVENLY CARROT CAKE

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung gandum*(E-na guna 125g)
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) (E-na guna 1/2 sudu kecil)
  • 2 biji telur gred "A" (E-na guna telur 140g)
  • 3/4 cawan minyak jagung (E-na letak 150ml)
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan) (E-na letak 100g)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya (E-na parut 1 batang 120g)
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar (E-na guna 2 keping berat 70g)
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang
    CARA MEMBUATNYA :-
    1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
    2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
    3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama (35minit)50 minit - 1 jam atau hingga masak.
    4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
    BAHAN CREAM CHEESE TOPING (Zaliana)
    • 50 gm mentega
    • 215 g cream cheese
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 125 gm gula aising, diayak
    UNTUK CREAM CHEESE :-
    1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
    2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

    Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Ika Cheese Burger aka Burger Sotong Cheese and new Lovely Messages. Thanks...

    6 comments:

    akuzle said...

    carrot cake mmg besh...terutama e-na yg buat... thn depan e-na blk kiter nk request mcm2 yea?

    Liza said...

    cantik deko tu ena..geram tgk..

    CT Delima said...

    As'salam E-na

    sukanya tengok carrot cake tu. lama tak makan. macam nak buat sebab carrot ada 3 batang kat dalam peti sejuk tu..hehehe

    cantik deco walaupun simple :)

    chikadakbiru said...

    satu lagi fav kek...arghhh tergoda.....kalau rajin leh wat utk raya haji kan...

    Diana @ Melley Mey said...

    cantiknya kek nie ena... org kat rumah nie kalau kek lobak merah gini.. mmg laku... sedap sesangatkan...

    IXORAROXI said...

    cantiknya kek tu..kenapa tak disclosed isi dalamnya, ni dah make up camtu tak nampak isi dalamnya, mesti lagi memancing selera :

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...