Friday, 25 November 2011

Nasi Ayam Ipoh





Nasi Ayam Ipoh menggunakan sos tiram sebagai salah satu ramuan utamanya. Sos Tiram yang di gunakan untuk memasak nasi memberi kelainan pada rasa Nasi Ayam Ipoh ini. Cubalah dan rasai sendiri keenakan nasi ayam ini. Anda pasti menggemarinya.



RESEPI NASI AYAM IPOH

A) Bahan Untuk  Air rebusan Ayam dan Sup:

  • air secukupnya (E-na buat 2.5 liter)
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang (xde stok)
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu (E-na guna batang celery)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah (E-na guna 1/2 sudu kecil shj)
Cara-cara buat sup:
  1. Mula2 buat air rebusan ayam.
  2. Masukkan semua bahan kecuali batang celery dan serbuk lada sulah. 
  3. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  4. Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ambil air rebusan ini secukupnya untuk masak nasi.
  5. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama batang celery dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. Masukkan garam dan perasakan sup. 




B) Bahan-bahan untuk Nasi:
  • 4 mug beras (E-na masak 550gram)
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam (E-na guna  2 3/4 mug)
  • 2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali) (E-na x letak,xde stok)
  • 1 sudu besar minyak bijan (xde minyak bijan ganti dgn minyak sayur)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan (5 inci)
  • 4 sudu mentega/ marjerin (3sb)
Cara-cara Masak Nasi:
  1. Panaskan rice cooker di atas dapur. Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. 
  2. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. 
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. 
  4. Pindahkan periuk ke tapak rice cooker dan masak nasi seperti biasa. Kacau sekali dua semasa nasi hampir kering dan sebelum nasi masak. Biarkan hingga nasik masak.


C) Bahan Untuk Perap Ayam:
  • 1 ekor ayam (1kg)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • 1 inci halia (blend)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( E-na tak letak sebab kicap dah ada rasa manis2)
Cara-cara Perap Ayam:
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkok besar. 
  2. Masukkan bahan yg telah di blend dan semua bahan2 lain, kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. 
  3. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. (Ayam tadi dah masak dgn rebus) E-na goreng je sekejap.




D) Bahan Untuk Sambal lada:
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara untuk sambal lada:
  1. Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  2. Tuang ke dalam mangkuk dan tambah garam gula jika tidak cukup rasa. Kacau rata.
*E-na buat separuh dari bahan-bahan sambal lada sebab anak-anak tak makan pedas.




E) Bahan Untuk Kicap:
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)


Cara-cara buat Kicap:
  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung. 
  2. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah
*Kali ini E-na buat Sambal Kicap Sempoi yang biasa E-na buat seperti di bawah dan  tidak menggunakan cara di atas.


Sambal Kicap Sempoi
  • cili api ikut kepedasan dihiris halus
  • kicap lemak manis
  • sedikit sup ayam
  • sedikit gula/ perasa
  1. Satukan semua bahan ikut kepekatan yang di inginkan. Gaul rata.

F) Bahan Sampingan
  • tomato
  • salad / kobis
  • daun sup 
  • daun bawang 
  • timun


Selepas semua dah masak, Boleh la di makan...
cara penyediaan:
  • Timun, tomato dan kobis dipotong nipis2. 
  • Daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
  • Hidangkan semasa panas2.

Resepi asal boleh tengok di  Quinnie  My Resepi dan E-na ambil dari blog Kak Nor. Sukatan Nasi Ayam ini untuk dua kali makan kami sekeluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak).

21 comments:

Unknown said...

selamat pagi kak e-na

wah..........
nasi ayam ipoh mmg mengiurkan...

lagilah hasil persembahan yang kak e-na syer..
cantiknya.....

terima kasih berkongsi resepi ya..
ayu nak cuba satu hari nanti..
PS: lapor nasi.........

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ni nasik ayam fav sepanjang zaman gituew
sedapnyer kaka...org demam mintak sepinggan ni ngeeee

nur easy said...

morning... tingginya menara nasi ayamnya..;)

LiNa_Pg said...

assalam E-Na pepagi ni tayang nasi terasa lapo la pulak,nmpk sedap sangatt.Wow presentation tip top la..suka la tang timun tuh cam reben jerr cantik..cantik

tun_telani said...

morning kak ena.. nasi ayam akak nmpk sgt menggiurkan!! tp cantik sgt, nk makan pun sayang.. hehe

Unknown said...

wahhhh..sedapnya
tengok pada resepi dan penyediaan yg berjela panjang tuh...
kena cari masa yang betul2 sesuai kalau nak cuba masak nasi ayam ni..

KakAsma said...

Walla E-Na,
rajin betul Ena .suka tengok pic tu..nak makan pun sayang..hehehehebtw kalau ena nak rempah rendang tu nnti bg add.ena yer leh akak poskan..murah jaer rempah tu singgit satu peket..kalau nak email akak yer..muah...muah...muah...

Lieya said...

Uiyooooooo... gile teruja tengok reben timun tu ha.... terbaekkk laaaaa

quinnie said...

cantiknya hiasan...:) terima kasih cuba nasi ni..

Ida,Japan said...

kita pun suka nasi ayam ipoh ni..2 kali buat dh kot, utk mkn sendiri, pas tu sekali lg jamu kwn2 mkn..sedappp, rasa kelainan pada nasinyer
p/sss....e-na tqvm yer for the wishes tempohari
pas tu pokok kesum masih berbakti..w/pun daunnyer dh tak rimbun seperti dulu..asyik kena petikk jer..mekasih sekali lg

~Pastries Delight~ said...

Bila perot dah lapor ni memang sedap aje jamu mata.alamak kena lunch nasi ayam lah tengahari ni

Amie said...

wah! menariknya hidangan Ena hari ini.....order satu set ye Ena...cepat sikit hidang, lapar dah perut ni... he hehehh

sabar dubai said...

wow teruja tgk...nasib kite same2 buat br ni kan kalo tak mengeces ajelaa

ckLah @xiiinam said...

Sangat terpikat dengan cara persembahan hidangannya...

Terima kasih kerana memberi resepi yang jelas ii...

Gee® said...

hamboiiii....gaya persembahan yg menarik... 1st class!! pasti sedap nasi ayam nih...

myra said...

wah k ena... shedap sgt tu....... mmg menggoda u.. hihi

Juwita Jamaludin said...

sedapnya kak ena.. lama tak makan nasi ayam ni.. kena buat gak sebab teringat2 nasi ayam ipoh ni..:)

JaSSNaNi said...

e-na.. canteknya hiasan.. timun tu pun dah nampak ala2 fondan.. lawo sesangat, nak makan pun jenuh tengok dulu baru makan,, sbb lawo kan.. :)

Asmara said...

fengsan lagi tengok hiasan, hehe...
*kak kite buat RVC copy dari sini. TQ kak. :D

sal said...

sedapnya..
tertarik dengan hiasan timun tu..kereatif betul..
ina..salam maal hijrah..
moga ceria2 selalu..

Unknown said...

wah...bestla resepi nie..menarik...boleh try

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...