Pisang Tanduk Goreng di Malaysia, tapi di Jepun dah jadi Tempura Pisang Tanduk. Sejak dok kat sini E-na guna tepung tempura untuk buat goreng pisang. Tidak perlu nak campur tepung bagai hanya tambahkan air mengikut sukatan di belakang pack tepung dan sedikit garam. Memang ranggup sangat. Dari pertama kali mencuba kami dah jatuh chenta dengan tepung tempura yang tip top ni. E-na pos kat mak lagi untuk try.
Memang ranggup dan sedap! Cubalah...
E-na suka pisang yang di potong nipis untuk goreng..baru terasa tepung dan pisang sama banyak...nak tau harga sebiji pisang tanduk tengok disini.
RESEPI PISANG GORENG / TENPURA PISANG
Bahan-bahan
- 1 biji pisang tanduk berat ~800g
- 150g tepung tenpura
- 240 ml air
- 1/2 sudu kecil garam
- Minyak yang banyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Satukan tepung, air dan garam. Kacau sebati. Tekan-tekan tepung dengan sudu supaya hancur.
- Basuh bersih kulit pisang. Keringkan dengan kitchen tissue.
- Potong nipis pisang seperti dalam gambar di atas.
- Panaskan minyak dengan api sederhana.
- Buangkan kulit di sekeliling pisang. Ambil dalam 4-6 keping sahaja untuk sekali goreng (bergantung pd saiz pan anda)
- Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung.
- Bila minyak panas, masukkan pisang yang telah bersalut tepung ke dalam minyak.
- Sambil menunggu pisang masak, ulang semula langkah 5 dan 6.
- Balikkan bila sudah masak kekuningan. Biarkan masak.
- Angkat dan toskan dengan kitchen tissue.
- Kemudian ulang langkah 7. Buat sehingga habis. Sedia untuk di makan. Sedap juga di hidang bersama sambal kicap (jika pisang masih separuh masak - belum terasa manisnya). Selamat mencuba dari Lovely Kitchen
11 comments:
Emmm...bestnya...menarik dan mudah...leh dicuba...cuma kat sini tak de kot tepung tempura yg ena guna tu...leh guna tepung tempura lain tak...
Salam kak! mak aiiiiii ada pisang tanduk!!! siam yg dekat ngan mesia pun takde import pisang tanduk tauuuu!!! kat sini tak pernah jumpa pisang tanduk lagi tauuu! uuuuwaaaaaaaaaa...jelesnyerrrrrrr!!!! eh? akak sama ngan kita suke mkn pisang goreng nipis2, kalau dulu2 kat mesia siap pesan ngan mak kita kalau buat pisang goreng hiris 3 tauuu! ahahaha....
Salam Ena..merasa gak pisang goreng kat sana yer..xder la kempunan.mahai ker harga pisang?
Salam kak ena..bestnye psg tanduk tuh,jeles tau..kak,pisang ni ade spnjg masa atau ikut musim gak?kot2 ade rezeki pi nagoya nnt,bole beli..haha,kat sini sy guna pisang montel yg hijau tu je buat pisang goreng..bolela tuk lepaskn rindu..psst..sy dah buat air soya guna resipi akk tuh..mmg sedap n ptg ni nak buat lg..hehe,thank kak;))
wahh sedap la rangup gitu.. paling suke kalau rangup dann tak berminyakkan..
ada pisang tanduk ye belah2 tmpt e-na?emm..sedapnyer, pas tu ida nk try la tepung brand ni lak.....ranggup erk, ida pernah guna yg lain, tapi tak ranggup sgt..thanks e-na
As salam E-Na, saya ada tnm pkk pisang tanduk ni..msh kecil lg. Nti bila dh berbuah blh la cuba resepi E-Na ni ye..
e-na..su ngguh menyelerakan nampaknya goreng pisang tanduk E-na tu..
bestnya kak ada pusang tanduk.. sini tak de rasanya ke ita yang tak jumpa.. hihihihii.. lama tak makan goreng pisang..:(
Emmm...bestnya...menarik dan mudah...leh dicuba...cuma kat sini tak de kot tepung tempura yg ena guna tu...leh guna tepung tempura lain tak...
Salam kak! mak aiiiiii ada pisang tanduk!!! siam yg dekat ngan mesia pun takde import pisang tanduk tauuuu!!! kat sini tak pernah jumpa pisang tanduk lagi tauuu! uuuuwaaaaaaaaaa...jelesnyerrrrrrr!!!! eh? akak sama ngan kita suke mkn pisang goreng nipis2, kalau dulu2 kat mesia siap pesan ngan mak kita kalau buat pisang goreng hiris 3 tauuu! ahahaha....
Post a Comment