Monday, 15 August 2011

:-> Puding Tembikai dan TIPS Melapis Puding


Kebanyakan blog masakan dah try buat Puding Tembikai. E-na baru sampai seru untuk melapis puding yang jelita ini. 'Better late than never'. Sedap puding ni, bagi yang belum mencuba bolehlah cepat-cepat buat puding yang menyerupai suika/ tembikai. 



E-na taip semula resepi di bawah mengikut apa yang E-na buat untuk memudahkan pemahaman bagi yang pertama kali mencuba puding ini. 


RESEPI PUDING TEMBIKAI
Bahan-bahan:
  • 7 gram agar-agar serbuk (E-na guna Swallow Globe Brand)
  • 800ml air
  • 100 gram gula
  • 2 keping roti sandwich
  • 200ml fresh milk/ susu cair
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis.*
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna hijau dan merah
  • bijan hitam sebagai biji tembikai
  • Loaf pan 24cm x 8 cm x 6cm tinggi


Cara-cara
  1. Koyak-koyakan roti dan rendam di dalam fresh milk/ susu cair.
  2. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula hancur.
  3. Blend roti susu cair bersama susu pekat manis sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan bahan blend ke dalam periuk. 
  5. Masukkan juga butter dan esen vanila. Kacau sehingga mendidih.
  6. Tutup api.
  7. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai.
  8. Biar kan adunan keras.
  9. Lorek sedikit permukaan warna hijau yang telah keras dengan pengcungkil gigi.
  10. Ambil sedikit adunan asal kurang dari warna hijau dan curahkan ke atas lapisan hijau. Jika adunan asal beku, panaskan semula di atas api sebelum melapis. Biarkan beku.
  11. Setelah lapisan warna asal beku, ambil adunan dan warnakan merah sebagai isi tembikai. Masukkan bijan dan kacau rata.
  12. Lorek sedikit lapisan putih dengan pengcungkil gigi dan curahkan separuh adunan merah ke atasnya. Biarkan beku sedikit.
  13. Kemudian curahkan baki adunan merah ke dalam loyang. Sejukkan dan simpan di dalam fridge sehingga sejuk. Sedia untuk di potong dan dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE :
  •  Adunan ini menghasilkan 1 loaf pan saiz di atas dan sebiji cup.
  • Sukatan diatas menghasilkan puding yang lembut dan cantik.
  • Sukatan susu pekat manis* itu anggaran sahaja. Masa E-na buat tu menghabiskan susu dalam tin jadi campur sedikit air dan tidak sukat dengan tepat.

TIPS LOVELY KITCHEN

  • Lorekkan/ cakar  lapisan yang telah beku dengan pengcungkil gigi sebelum melapis adunan seterusnya supaya puding melekat cantik antara setiap lapisaan dan tidak bercerai lapisannya apabila beku nanti.
  • Biasa guna garfu untuk cakar lapisan puding tapi untuk puding tembikai lebih sesuai guna pengcungkil gigi jika lapisan agak nipis...
  • Panaskan semula adunan di dalam periuk sebelum diwarnakan jika adunan sudah beku.

Resepi asal boleh tengok di blog Ika dan Ida.



19 comments:

HALAMANKU said...

Salam Kak ena.. dari tingkap dah menggoda.. nampak sgt cantiq n real gitu.. sedapnyer kalau dapat mkn sesejuk... ader ker lagi he he he

Acik Erna said...

assalam e-na cantiknya puding ni..akak belum buat ni..takut tak jadi je..sebab akak ni kurang seni

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ena...
cantiiiknyaaaaa puding tembikai tu ena.... comel sungguh kejadiannya... sukanyaaa tengok... cantik sgt!

ijayuji said...

Salam kak! Santek!!!!! Mmg sume pakej Ada sedap n cantek! Aka yer kaler mcm tembikai betul gituuu cantek! Biar lmbt asal buat yer tak? Hihihi...

Gee® said...

canteknyaaaa.....

nur easy said...

cantik & kemas je..;)

AI said...

- cantek & menawan puding tembikai itu...

Little Craft Shop said...

Salam... nak kongsi resepi yer kak ena... sedap sungguh nampaknya..

Ida,Japan said...

comel2....gambar bsr baru menyerlah...cantik warnanya,ida pun sama la cam e-na,masa nk melapis..lorek2 dulu

sabar kagawa japan said...

cantiknyee puding kak e-na......mtk sikit utk bukak pose nnti boleyy?

izahdaut said...

cantikkk... sedap jugakkan puding ni.. cantik lak tu. leh la buat untuk tetamu yang berkunjung

MOKCIK AZWA said...

Salam ziarah Ena..aduhai blog Ena ngan Ida memang menggoda selera mokcik..sangat cantik!

Selamat berpuasa Ena

mamaNoriz said...

aduyaiii, cantik nye.....

bagus kasi ilmu utk sya yg lemau bab masak ni..huhu

anyway, sya dah foloooo :)

Kakzakie said...

Tengok macam tembikai betul kan. Makan masa sejuk mesti best. Huh... puasa nie...:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

lawa...malatop gitew
dah pernah buat sekali hary tue
tunggu mood nak makan baru bikin sekali lagik

Kak Rosaliza said...

Assalam E-na, cantiknya puding tembikai ni, mcm sayang je nk mkan heheh

aida said...

Wah sedapnya.....hamper free tak ado le

アヌムちゃん said...

wah cantiknya puding tembikai ni..huhuu

aa beli kulit popia tu 360yen..xpnh lg beli dkt baticrom..ape eh name die n harga brape..huhu

nuwairani ismail said...

cantek puding ni...nmpk tegap aje...heheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...