Thursday, 25 August 2011

:-> Bubur Pulut Hitam dan Gambar Beras Pulut Hitam Jepun



Bubur Pulut Hitam antara juadah berbuka 17 ramadhan. Baru sempat publish. Maaf untuk semua kawan-kawan dan pengunjung LK yang E-na tidak sempat buat kunjungan balas...Masa begitu mencemburui sekarang...E-na pos entry yang mana sempat dan akan kurang sikit kesibukan selepas raya ketiga, Insyaallah.


Resepi Bubur Pulut Hitam
(4 orang)

Bahan-bahan:
  • 100 gram  pulut hitam
  • 800 ml air 
  • 200 ml santan dalam tin (pekat)
  • 300 ml air
  •   40 gram gula pasir
  •   40 gram gula melaka
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan (E-na guna sejengkal shj, jimat di perantauan..;p)
E-na guna Pulut Hitam dalam gambar ini. Ada di AEON / JUSCO...298yen tak silap harganya utk 100g. Ada satu jenis lagi Pulut Hitam yang ada di JUSCO. 'KUROMAI' 150g, harga lebih murah dari yang dalam gambar. 

Cara-cara:
  1. Basuh dan rendam beras pulut hitam selama 4 jam.
  2. Rebus beras pulut hitam bersama 800 ml air sehingga beras kembang dan air kering.
  3. Satukan 300ml air dan santan pekat. Masukkan ke dalam periuk beras bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula melaka dan secubit garam.
  4. Kacau sehingga mendidih. Tutup api. Sedia di hidangkan sewaktu masih panas atau selepas disejukkan di dalam peti. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Kemanisan dan kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.

8 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hikhik sebab ayu x rendam so ms masak buat dulu kacang dia keras taw last ayu blander semua ngeeee hahahaha

Acik Erna said...

Assalam E-na..cantik beras pulut hitam jepun tu..bulat2 nampaknya.rasanya sama tak E-na.

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
nuwairani ismail said...

eh? kat sana pon ada bubur pulut hitam...hari tu ada kawan pernah buat...letak isi nangka..sedapnya!

lavenderlover said...

wow! my fav bubur..yummy!

zahidahwahid said...

hari tu ada tetamu dari Jepun datang rumah, dia ada bawa beras untuk kitaorang rasa...

sabar kagawa japan said...

wahh bestnyeee rs mcm kt malaysia plak kak kak ena....tp kite dah malas nk menambah stok umah dahh nk perabih stok aje nihhh uhhuh...sedapnyee tgk...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bulat2 pulak pulut hitam kat sana.




*Sorilah E-na lama tak singgah. Sibuk sekarang ni. Singgah mana dan aje... ;o)

- Tahun ni pun tak balik lagi ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...