Friday, 12 August 2011

:-> Teruja Dengan Bunga Pertama


Macam ni lah E-na dengan pokok... boleh jadi excited sangat bila tengok pokok subur menghijau dan mengeluarkan hasil. Semalam lepas berbuka ajak en. hubby melawat mini edible garden. Semangat nak tunjukkan pokok-pokok yang sedang membesar di bahagian laundry luar rumah. En. Hubby layan je laa...;p

Pagi tadi nampak bunga kacang panjang hampir kembang. Hasil dari Pokok Kacang Panjang dalam entry sebelum ni. Apa lagi terus photoshot bunga nan sekuntum. Mencabar rupanya nak ambik gambar bunga kacang panjang ni dalam keadaan angin yang tidak berhenti bertiup dan tripod dalam kereta.

1st time E-na tengok secara dekat bunga kacang panjang...cantik kan! Gambar atas ni bunga belum betul-betul kembang lagi.

Yang ini putik bunga baru keluar.

Kemudian membesar seperti ini

Bunga yang hampir kembang. Ini bahagian belakang bunga gambar yang pertama tadi.


Sudah kembang sepenuhnya dalam pukul 10 tadi...macam bunga orkid kan....oh indahnya!


Cuba teka yang kat bawah ni pokok apa???


19 comments:

Ida,Japan said...

rajin e-na b'kebun ye...comei2 jer pic2 tuu

sabar kagawa japan said...

wahh kak enaa terujanyee tgk..kite tanam kangkung nk tgu petik jek mgu depan...cili padi besar tp xberbuah2 lg...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

semua org bz berkebun tinggal ai jer dok goyang kaki ngeeee...lawa la pics ni akak....

nur easy said...

subhanallah.. cantik. x rugi bbudi dgn tanah..;)

lia AKA milo said...

cantikkan bunga dia. mak Lia pun ada tanam kat belakang rumah.. suka tengok bunga dia. tapi tada baulah bunga dia.

nuwairani ismail said...

tak pernah tau pon bunganya mcm mana....cantek rupenye....

Alin Marlini said...

Alin pun 1st time tengok..ada bunga rupernya..cantik...leh tanam peh ni..hehehe

Alin Marlini said...

nak ty lagi..memang background camtu ke? atau dah edit?leh ajar tak..cantik..

kzai said...

saam e-na wah dh membesar pokok2 yg ditanam..suburnya..seronok tgk kalau tanaman menjadi kan

Diana @ Melley Mey said...

x perna lg sebenarnya tgk bebtl bunga kacang panjang... rupa2nya begitu indah sekali kejadiannya yer... cantik!

yanti isa said...

kunjungan balas ... cantik gambar2 yang e-na ambik . teruja akak .

Amie said...

E-na,
sesungguhnya Allah telah mengurniakan bakat seni dalam diri E-na,(formalnya ayat... hi hi hi), betul dik, sebab Kak Amie nampak & kagum dengan bakat yang ada pada diri E-na dalam duni fotografi...

pokok yang di bawah tu, kakak rasa pokok ulam raja...

Juwita Jamaludin said...

kak ena.. dah berbungaye.. ni micro lens kek kak

ASSOYFINGER67 said...

cantik sesangat...teringin nak ada camera SLR nih..tapi leceh nak kendong..huhu

Fadzli Amir said...

salam kenal..
cantiknyaaa....teringat dulu kat kampung segala jenis sayur abah tanam, termasuklah kacang panjang sampai tak lalu nak makan...hehehehe

ilahjy said...

kak ilah nak teka pokok tuuu
ia sejenis ulaman yg kak paling gemri utk buang kolestrol..
ulam kaum kerabat jer nie..hehehe
ULAM RAJA gamak2 hadiah apa nak kasi? tentulah kacang panjang yg sulung tuuuu hehehehee

mamaNoriz said...

wowooo... u pakai lens apa ni?

cantik betul zoom dia... pndai betul amik gmbar...

mesti bangga kan tanaman dah berhasil :)

icaland pelangi petang said...

nmpk lawa la pulak bunga kacang panjang ni hasil kerja e-na ni. ica pun tak sabar nak tunggu pokok kacang pjg yg ica tanam berbunga.

h4ni3 said...

cantiknya gambar! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...