Tuesday 20 October 2009

:-> Kuih Boom @ Burger Malaysia


Ptg smlm buat kuih boom ni untuk minum ptg. E-na panggil kuih boom sbb bulat besar jer mcm boom tp jumpa dlm resepi di panggil burger malaysia. Klu kat Mesia beli jer pepagi kuih ni ada makcik kat s.alam tu jual sedap. Dah dok jepun ni kena lah buat sndiri...

Timun dh abis so smln buat sambal sardin jer utk inti kuih ni...kali ni buat jadi lg cantik drp yg 1st buat ari tu tp x sempat nak ambik gambar, dah abis! Hubby n anak2 memang suka sangat kuih ni, kakak damia kata mkn mcm tu je pn dah sedap...memang betul pn...rasanya dah cukup sempurna he he tima kacih kat tuan punya resepi.

Ni ada gambar yang 1st time buat dulu...tp sory la yer x brp cantik kuih tu...nnt next time kita snap lagi yer..resepi pn ada kat bawah ni....cubalah...



Kuih Boom (Burger Malaysia)

Bahan-bahan ( 8 biji )
• *200g tepung gandum
• *140ml fresh milk
• *2 sudu besar margerin
• *2 1/2 sudu besar gula halus
• *2 sudu kecil dry yeast
• 1/2 sudu kecil garam halus

Inti
• - sambal sardin / ikan bilis
• - timun

Cara-cara
1. Masukkan ke dalam mangkuk semua bahan yang bertanda (*). Gaul rata dan
masukkan garam.Uli sehingga tak melekat kat tangan. E-na uli 15 minit jer
mmg melekat gak sket2 kt tgn tu...
2. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.(lebih kurang setengah jam)
3. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian
bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Ena alaskan dengan plastik
supaya senang nak angkat semasa nk menggoreng nanti, sebab doh ni lembut.
4. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana
panas sehingga kekuningan.E-na potong plastik td satu2 dan angkat dgn
memegang plastik untuk masukkan ke dlm kuali tanpa memegang doh. Doh tu
lembut kalau pegang terus dgn tgn akan mencacatkn doh dan x jd le bulat cam
boom tu...
5. Biarkan sejuk baru dibelah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai
terputus. Isikan dengan sambal sardin dan juga timun yang dihiris nipis-
nipis.

Source : myr

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...