Monday, 29 August 2011

:-> Tauhu Fa



Resepi Tauhu Fa 

Bahan-bahan:

  • 3 keping tauhu lembut 
  • 200ml air
  • 20 gram gula
  • 20 gram kurosato / gula melaka
  • 5 inci daun pandan
Ini tauhu yang E-na guna. Ada di jual di Jusco.

Cara-cara:
  1. Masukkan air, gula, kurosato dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Didihkan sehingga gula dan kurosato hancur.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Masukkan tauhu lembut ke dalam mangkuk.
  5. Curahkan air gula ke atasnya.
  6. Sesuai di makan sejuk atau suam.
Note : E-na suka sejukkan air gula dan tauhu di dalam peti. Bila nak makan baru curahkan air gula ke atas tauhu. Terasa keaslian tauhu lembut dan manis2 air gula.....Boleh juga di campur keduanya kemudian sejukkan, tapi tauhu akan berubah menjadi gelap sedikit.

7 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak ena. ita suka kak taufufa ni. kalau ada tauhu ni lebih tentu baut taufufa senang je

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

my heroes mmg suka makan tauhufa nie
ayu tersangat jrng sebab apa tataw la ngeee

freeter farn said...

waa... nanti nak buat sendiri... tak payah beli kat bazar/pasar malam... salam aidilfitri~~

mamaNoriz said...

wah, cantik je tgok taufu tu sbb uat sndiri leh letak bentuk apa pun kan...

sya nak mkn, cuma beli la singgit semangkuk kat psr mlm..huhu

quinnie said...

senang buat taufufa pakai ni je...:)

Anonymous said...

Salam, nk tanye.. Tauhu tu halal x?? ader x brand yg dikeluarkan oleh org melayu kite...

Lovely Kitchen said...

Anonymous....

Wsalam...semua bahan2 yang digunakan dalam tauhu tu boleh di makan oleh org Islam...tiada campuran yang tidak halal...E-na di Jepun ni...mmg tak jumpalah keluaran Melayu...hihiii

Selamat Hari raya ..thanks sudi singgah LK...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...