Tuesday, 9 August 2011

:-> Jus Carrot Susu


Bila puasa dengan cuaca panas dalam kepala mesti fikir air apa nak buat untuk berbuka. Carrot Juice antara minuman pilihan kegemaran ramai. Nak buat pun senang kan. Air carrot susu aka juice carrot susu sedap dan berkhasiat. 


Anak-anak yang tak sukakan carrot sebagai sayur mungkin bila di buat juice begini, mereka akan menggemarinya.


RESEPI JUS CARROT SUSU
4-5 orang

Bahan-bahan:
  • 4 batang carrot
  • Gula (anggaran 2 sudu besar)
  • Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
  • Air masak secukupnya 
Cara-cara
  1. Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
  2. Blend carrot dengan air.
  3. Tapis ke dalam jug.
  4. Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
  5. Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
  6. Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.


TIPS LOVELY KITCHEN

  • Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)


22 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

dahaga giler biler tgk jus carrot nie uwaaaaaaaaaaaaaaa

Ummi Alifya said...

tERBAIK...ALHAMDULILLAH

Deliah's Deli said...

mmg terbaik!!skrang jg sy nk bt..maghrib nnti dah blh minum sejuk! :)

Deliah's Deli said...

e-na,dah siap..tunggu azan je ni..tq!!:)))

ijan said...

Salam kak E-na,
Jus yang sangat sihat dan berkhasiat ni. sesuai untuk bulan2 puasa camni... selamat berbuka! :)

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak, apa khabar dear? Jus carrot mmg bagus kan...nakkk!!! Selamat Berpuasa kak :)

Cendana Kasih said...

kalo kat kedai pun, inilah minuman yang suka di order... sedap..

Efa said...

sedapnye!! selamat berpuasa akak..=D

Amie said...

minuman yang lazat dan menyihatkan!

HaSue said...

kalo kat restoran suke jer order..nak buat sendiri suke jer malas.haha... bak segelas ena..lama x minum nih..

Juwita Jamaludin said...

bestnya nampak.. menarik kak.. suka sangat dengan carrot susu.. kena rajinkan diri buat ni.. ada banyak carrot dlam peti sejuk tu

Ida,Japan said...

jus carrot susu mmg enak....lama tk buat, sbb 'm' heeee..order satu gelas bole

nuwairani ismail said...

suke jugak carrot susu...sedap dan berkhasiat

Ayu said...

Assalam ena, salam ramadan buat ena & family ya..jus carot sedap ya ena..kak tak reti minum cuma amakan aje dalam lauk..heheh

inahar ali said...

salam rindu ena..arini akak berbuka kt klinik..nmpaknye oder jus carrot kt kedai mamak jer la..hehe! selamat berbuka ye ena!

cik cek said...

Salam Ena...

Baru sempat singgah ke sini malam ni..perut kenyang mata pun jadi layu...kalau dapat segelas jus carrot susu ni...WoW! mest sego balik mata ni...:)

nenot said...

yummy..izin kan saye share ea :)

balqisfz said...

kak, aqis bru try buat td :)

Irfan Budiman said...
This comment has been removed by the author.
Irfan Budiman said...

Tak sukakan hampas? Janganlah begitu, kerana sumber fiber dan lebih 50% nutrien-nutrien termasuk Beta-carotene dan Vitamin A dalam lobak merah ini wujud dalam hampas-hampas ini. Jika anda buang hampas-hampas ini, maka anda rugi.

Irfan Budiman said...
This comment has been removed by the author.
siti shafieda said...

terbaikkk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...