Saturday, 6 August 2011

:-> Murah Berbaloi-baloi



Semalam shopping barang dapur di Tachiya tengok tembikai banyak dan murah. Sebiji besar berharga 980 yen yang mana biasanya di Jusco / AEON harganya 19++ sebiji. Kami beli separuh 580yen. Kalau bukan bulan puasa memang ambil sebiji besar tu.

Nenas pun murah sangat. 198 yen sebiji! Harga biasa kat Tachiya 298, kalau masa mahal tu sampai 398 yen. Mr. hubby ambil 2 biji. Dah tau kalau nenas murah mesti beli buat jem nenas. Nenas di Jepun biasanya dari Filipina. Berat dalam 1.5 kg sebiji.

Tembikai atau suika di jepun ni manis sangat! Biasanya kalau besar-besar macam ni rasanya memang tidak mengecewakan. Berbeza kalau di Malaysia kan, penjual akan cakap isinya manis tapi bila balik rumah makan rasanya tidak seperti yang diharapkan.

Rasanya nenas 2 biji ni pun balkal menjadi Jem Nenas nanti. Kat umah ni semua peminat tart nenas. Walaupun di luar musim Raya E-na buat tart nenas sebagai kudapan kami seisi keluarga. Sekejap je dah licin.

Suika ni dah makan masa berbuka semalam, maaaanis sangat dan isinya pejal cantik! Balik Malaysia nanti mesti teringat Tembikai di Jepun yang manis.

9 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

suika nihon mmg amaiiiiiii sgt kan...ilang rasa dahaga gitew :D

Mas said...

tengok nenas ngan tembikai tu....
buat jus....sodappppp tu....

cik cek said...

Salam Ramadhan E-na...

Emmm...bestnya nenas n tembikai...:)
Buat jus tuk buka posa ni bestnya...:)

Asmara said...

suika dia ada nombor tahap kemanisan, tu yg bagus tak tipu. murah la tu kak. sini pun harga lebih kurang gitu. nenas tak penah beli. hehe..

nur easy said...

arini beli gak nenas tu, tp 298y la.. upanya kat sana murah ya..;)selamat bbuka puasa

Acik Erna said...

assalam E-na..lepas ni ada le resepi berasaskan enans kan..
murah jugak ye e-na..musim dia kot.

Juwita Jamaludin said...

Kak ena suka suica jepun percaya tak haritu kami jumpa tembikai yg harga biasa 980 yen jatuh 280 yen siap ada tag amai.. Jadi hubby beli 6 hahaha.. Ada lagi 5 kat umah tu., tamak jebunyinyakan.. Tp murah dan sedap

Anonymous said...

kite owang panggil; buah kokoc (nenas)

アヌム ちゃん said...

mmg murah tuu..rezeki2..huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...