Wednesday, 10 August 2011

:-> Burger Malaysia


Dah banyak kali buat sebab hubby dan anak-anak suka. Boleh tengok dalam entry lepas. Biasanya kalau buat nasi lemak akan adalah burger malaysia sebab senang nak share sambal tumis tu kan... Sedap juga di makan dengan chocolate syrap Hersyes.

Resepi asal dari Yani Myr tapi E-na dah tambah sukatan tepung supaya tidak lembik, senang di uli dan cara membuatnya juga telah di edit untuk menyenangkan proses menggoreng.

RESEPI BURGER MALAYSIA
(12 biji)

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 140ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan inti:
  • Sambal tumis secukupnya
  • timun
  • salad
Bahan sampingan:
  • plastik berukuran 27cm x 18cm atau yg bersesuaian.


Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, marjerin, gula dan dry yeast ke dalam bekas menguli. Gaul rata.
  2. Masukkan pula fresh milk dan uli sekejap sekadar semua bahan bercampur.
  3. Kemudian barulah masukkan garam halus dan uli selama 15 minit atau sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan doh menjadi sebiji doh besar. Tutup bekas dengan plastik wrap dan biarkan doh naik selama 30 minit.
  5. Ambil sehelai plastik berukuran 27cm x 18 cm dan potong 1 sisi plastik serta bawah bahagian plastik. Bentangkan plastik tadi di atas tray. Ukuran plastik kini menjadi 38cm x 27cm. 
  6. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun di atas plastik tadi. Jarak-jarakan untuk doh mengembang. Plastik tadi just nice untuk 12 biji doh apabila mengembang nanti.
  7. Rehatkan doh selama 30 minit lagi. 
  8. Panaskan minyak lebih kurang sedalam 2.5cm dari dasar pan.
  9. Gunting plastik tadi kepada 12 bahagian doh seperti gambar di bawah. 
  10. Dengan menggunakan api sederhana, angkat doh dengan plastik dan masukkan doh ke dalam minyak panas. Hati-hati supaya tidak masukkan plastik sekali.
  11. Balikkan  bila keperangan. Angkat dan toskan di atas kitchen tissue.
  12. Biarkan kuih sejuk. 
  13. Belah tengah dan isikan dengan sambal tumis, timun dan salad. Sedia untuk di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
TIPS LOVELY KITCHEN
  • Alas doh dengan plastik supaya doh mudah diangkat masuk ke dalam pan ketika proses menggoreng.

11 comments:

Acik Erna said...

E-na rajin ena buat sendiri..akak selalunya beli je seketul dua..

deqlis said...

amboi cantiknya ena hias...:-)

drpd: Deqlis

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ena..
Mmg dah aim nak buat burger msia nih...sbb sambal tumis masih ada lagi sikit...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akak uli guna tangan ek bukan BM?
mmg rajin sedap ni lama x mkn...biler ayu rajin leh try hahahaha boley gitew??? dush dush pemalas ekk....

nur easy said...

berseri2 burger msianya.. merdeka!!! ehhh xda kaitan he3

Watierman, rmanbkr said...

Assalam Dik E-Na...memang sedapkan burger Malaysia ni...nasib baik Akak dah buat sejak puasa ni!

nuwairani ismail said...

suke sgt beger mesia ni. dah lama tak buat...dulu selalu jugak buat sebab cik hosmate nye feveret.

Ida,Japan said...

huikkk...cunnyer pic burger mesia ni e-na..pic besar lak tu...camnner nk wat jd besar camni ye
haiii...sedapnyer, lama tk buat...mcm teringin lak nk buat, kalau rajin nanti nk cuba la TQ

Diana @ Melley Mey said...

Cantiknya burger M'sia tu ena... rajin buat sendiri... geram tgk pic pertama tu... cam nak ambik jer tau

Mylady said...

Salam e-na..

Buat kunjungan balas ni..aduh..masuk2 je blog e-na, terus tergoda tengok buah stoberi yang seksi tu..oo..e-na di jepun ye..seronoknya sesekali menetap dinegara orang..malu pulak rasa...orang di jepun dah buat burger malaysia..orang di malaysia ni, tak terbuat pun lagi burger malaysia..asyik beli jek..ehehehe

IBUNDA DELIGHTS

Buchertqzl said...

berseri2 burger msianya.. merdeka!!! ehhh xda kaitan he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...