Sunday, 7 August 2011

:-> Air Soya Pandan



Soy Milk atau Tonyu di Nihon rasanya tawar dan agak pekat jika dibandingkan dengan susu soya kotak di Malaysia. Jadi untuk menyedapkan rasa air soya mengikut tekak kami sekeluarga, E-na tambah gula dan air yang di masak bersama daun pandan untuk lebih harum baunya.



Di bawah ini ada gambar 2 jenis Tonyu yang E-na guna. Boleh di dapati di Jusco / AEON atau mana-mana supermarket.



Gambar kredit to K.Farah

RESEPI AIR SOYA PANDAN

Bahan-bahan :
  • 1 kotak tonyu 1000ml
  • 500ml air
  • 100g gula
  • Sehelai daun pandan ( 10 inci panjang)

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga mendidih dengan api sederhana.
  3. Sejukkan.
  4. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas.
  5. Tuang air soya ke dalam gelas dan sedia untuk di minum...;p
  6. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan beberapa hari. Tak pasti la pula berapa lama sebab kat umah ni kalau simpan pun hari kedua dah habis.



Harga untuk 2 jenis tonyu di atas.....198 yen dan 270 yen...pilihlah yang mana berkenan...Bagi kami dua-dua pun sedap!

10 comments:

zmah said...

Nampak macam sedap tapi akak tak boleh minum soya...

cik cek said...

Kak cek suka air soya...tapi tak penah lagi minum yg ni...leh gak dicuba ni kan...:)

Acik Erna said...

E-na..akak tak berapa suka air soya..memang tak peranah minum pun..tapi anak2 sebulan puasa mesti nak minum soya..tapi kalau bulan puasa kat mesia ni banyak orang jual..tak perlu beli yang dalam kotak..

Ida,Japan said...

mula2 posa hari tu, dh teringin nk minm air soya...nk buat sendiri malas, masa gi kt kedai ni, ada gak belek2 tgk air soya cap ni, tgk2 cam bole tapi tak pasti..tu yg tak beli, sib baik e-na letak gambar dia, mekasih byk2 e-na...bila2 bole gi beli...tawar erkk.....kena tambah air gula la ye.Emm.kalau la ada daun pandan cam e-na buat, mesti lg sedap tu...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akak my heroes minum gitew jer....
dah biasa kot tawar2 gini...bila manis x tahan plak now....but tekak ayu x boley kena letak sugar gak even skit pow ngeee.....

p/s::somi ayu keja bukan study akak ikut somi study ek? 1 lagi apa nama bunga kantan if nk beli kat baticrom tu? mcm baca kat blog sapa ntah akak bagitahu dulu...ingat nk beli :)

Asmara said...

Kak soya dia x sedap kan! hehe.. baru 2x je penah beli. betul la mmg kene tmbh gula baru la ada rasa mcm soya msia tu. rege pun boleh thn tu yg x beli selalu. ngeh2..

nur easy said...

segar je tgk.. ;) salam kenal dr kitakyushu

resipe-masak-makan said...

Salam orang jauh, soya pasar malam kat sini masih panas-panas dijual,rasa fresh masih ada. nice picture and nice strawberry. yummy

Adry@Daun said...

As salam E-Na, kat Jepun soya dipanggil tonyu..patut la kat Kedah kicap soya dipanggil toyu. Diorg ambik bahasa Jepun ni kot. Air soya ni antara minuman 'mesti' utk bbuka posa dlm bln Ramadhan

Juwita Jamaludin said...

kak ena.. anak ita yang fateh in minuman rugi dia.. hihihi dia amat sukakan soya tau kak.. kopak papa dia beli soya tiap hari.. mana2 gi mest kena ada.. huhhuhhu tapi kami beli kotak kecil2 tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...