Tuesday, 4 May 2010

:-> Udang Goreng Kunyit LK


Udang Goreng Kunyit LK
Bahan-bahan:
  • 10 -12 ekor udang di bersihkan
  • 1 biji piman / capsicum / cili hijau dan cili merah
  • sedikit bunga kobis / carrot
  • bawang besar - dipotong bulat
  • sehiris halia - dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • sedikit serbuk lada hitam (optional)
  • cili padi (optional)
  • sedikit air
  • serbuk kunyit
  • garam
Cara Memasak:
  1. Udang di gaul dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia cincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan bunga kobis.
  4. Bila bunga kobis separuh masak masukkan udang, piman, dan hirisan bawang besar.
  5. Jika terlalu kering tambahkan sedikit lagi air.
  6. Bila hampir masak masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Perasakan garam.
  7. Kacau dan tutup api. Sedia untuk di hidangkan panas-panas. Selamat mencuba hidangan yang ringkas dan cepat untuk disediakan.

UPDATE
Rakan yang telah mencuba:
  1. Ika - 04.05.2010
  2. K. Sheila - 06.05.2010
  3. K. Yatie - 06.05.2010
  4. Mama Nani / Mama Hawa - 08.05.2010
  5. Kak Zai - 14.05.2010

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

9 comments:

fzi said...

Salam E-na...woahh...udang goreng kunyit pulak ya... murah seafood kat sana E-na?

Anonymous said...

singgah jugak..em..nampak sedap..

☆ lieya latif ☆ said...

wah sedap!! gomok2 udang tuh....ni dpt nasi panas2 nie...mmg tak toleh kiri kanan makan nieh

ammi said...

kebetulan ada udang XXL baru beli.bolehlah cuba resepi ini.

HonEyBuNNy said...

salam...waduhhh...sedapnya.....tq ...nak cuba jgk la..;-)

Azmiezas said...

Selalu gak akak masak udang cenggini..best kan..

Udang besar2 cenggini kalau masak sambal ngan petai sedap jugak kan??..hehehe..(kat jepun ada petai tak??..)

White Bird said...

sis, mak sayer selalu gak wat mcm ni.. kalu mkn dgn nasi panas2, mau 2 pinggan =)

kak Erna said...

E-na..sedap tu..udang goreng..kalau dah buat kena bagi tau E-na ni..akak dah cuba resepi2 E-na..tapi tak bagi tau pulak..sori ye..halalkan ye..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nampak senang jer ni..

la ni freezer dah dekat kosong.. xdak stock ! huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...