Monday, 3 May 2010

:-> Nasi Ayam Penyek




NASI AYAM PENYEK

AYAM GORENG PENYEK

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam
  • 10 cawan air
  • 1 inci halia–di ketuk
  1. Ayam di bersihkan dan di potong 4 bahagian.
  2. Masukkan air, halia dan ayam ke dalam periuk. Rebus selama 15 - 20 minit.
  3. Angkat ayam dan toskan.
  4. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi, kremes dan di buat sup.
  • ½ sudu besar Jintan Manis* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • 2 keping tauhu
  • 1 keping tempe (yg dlm plastik. kalau yg dlm daun.. guna 2 ~ 3 keping)
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Tepung jagung
Cara menyediakannya :
  1. Dengan menggunakan pengisar kering, kisar hingga halus bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia hingga hancur.
  3. Satukan bahan kisar, bahan tumbuk, serbuk kari,serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebati.
  4. Ambik 2 sudu teh bahan perapan ayam ini dan simpan untuk di buat kremes nanti.
  5. Perapkan ayam, tauhu dan tempe. Ketepikan.
  6. Kemudian masak nasi pula.

NASI AYAM
Bahan-bahan (Sukatan air dan beras bergantung kepada isirumah masing-masing)
  • 2 mug beras
  • 2 1/2 mug air rebusan ayam
  • Sehelai daun pandan
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar marjerin

Cara memasak Nasi Ayam:
  1. Beras di cuci dan toskan.
  2. Masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam rice cooker.
  3. Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis semua bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga hindi, bunga lawang, bunga cengkih) sehingga wangi.
  4. Masukkan 1 senduk air rebusan ayam (dlm rice cooker tadi) ke dalam kuali dan kacau. Tutup api.
  5. Kemudian masukkan beras dan bahan tumis ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
  6. Bila nasi hampir kering, kacau sekali. Biar sehingga masak.
  7. Sediakan pula sambal.

SAMBAL

Bahan-bahan
  • 3 biji cili merah (lebihkan jika mahu pedas)
  • 3 biji cili padi (lebihkan jika mahu pedas)
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - di mayang
  • 2 biji tomato besar - di belah 4
  • 1cm belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 1 1/2 sudu teh gula merah / gula pasir ( secukup rasa)
  • garam
  • minyak masak

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga ranggup. Jangan sampai hangit nanti pahit. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili padi. Setelah layu masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Biarkan semua bahan sejuk pada suhu bilik.
  5. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Kemudian masukkan ke dalam kuali / periuk dan didihkan.
  7. Masukkan gula merah dan garam. Sesuaikan rasa pedas, masin dan manis.
  8. Tutup api.
  9. Sediakan pula sup kosong
Note : Sambal boleh di sediakan sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk. Panaskan sebelum dihidang.




SUP KOSONG
Bahan-bahan :
  • Air rebusan ayam tadi (simpan 1 1/4 cawan untuk buat kremes)
  • 1 bungkus sup tulang adabi
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 2 ulas bawang putih - di ketuk
  • Daun sup dan daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam dan perasa
Cara Membuatnya:
  1. Didihkan air rebusan ayam tadi bersama bunjut sup tulang.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih halia dan 4 rempah sekawan (sedia ada dalam bungkusan sup tulang adabi)
  3. Bila sudah wangi masukkan ke dalam kuah sup.
  4. Perasakan garam dan perasa.
  5. Semasa menghidang taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  6. Sediakan pula kremes.
Note : Boleh juga guna sup bunjut adabi atau serbuk rempah sup.




KREMES
  • 60 gram tepung beras
  • 1 1/4 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 2 sudu teh bahan perapan ayam tadi
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan air rebusan ayam, tepung beras, telur, dan bahan perapan ayam sehingga rata.
  2. Masukkan air dan kacau menjadi adunan yang agak cair.
  3. Tambah sedikit garam jika tidak masin.
  4. Ambil sesudu dan tuang ke dalam minyak yang betul betul panas.
  5. Sentiasa di kacau sehingga kekuningan.
  6. Goreng hingga garing.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Ulang sehingga habis.
  9. Akhir sekali goreng ayam, tauhu dan tempe.
Cara Menggoreng Ayam, Tauhu dan Tempe :
  1. Panaskan minyak.
  2. Golek-golekkan ayam di atas tepung jagung dan goreng sehingga garing. (Tidak perlu goreng lama sebab ayam telah pun masak)
  3. Angkat dan toskan.
  4. Goreng tempe dan tauhu mengikut langkah yang sama seperti menggoreng ayam tadi.
  5. Semasa menghidang ayam hendaklah di PENYEK (di ketuk) terlebih dahulu sebelum di potong ke bahagian kecil. Tauhu dan tempe juga di potong kecil.

Bahan-bahan sampingan:
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  • Kacang panjang
  • kacang botol
  • Kobis
Sekarang boleh lah di hidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Langkah ini nampak panjang tapi sebenarnya senang saja untuk membuatnya dan yang paling penting SEDAP!

Note : Resepi ini telah di edit dengan cara E-na ketika menyediakannya. Resepi asal boleh tengok di blog K.Madiha.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : Kak Madihaa

13 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Huwaaaaaaa!!! sedapnyaaaa nasi ayam penyek tuh...mintakkkkk :)

Laparnye!

Jojoe said...

sedapnyerr ena..nak jugak!!hehehe

mizwa said...

wow sedapnyer NAP tuh..bila la nk buat lagi...yummy

Yatie said...

salam E-na, wow sedapnya nasi ayam penyek ni...ada lagi tak....kecur betullah..

Azmiezas said...

mak aii..sedapnya..ayam penyet pun penyet lah..mengancam..jiwa raga..

akak tak tahan tengok sambal tu,..
psst:..cabai jepun tak bewarna merah ke??..boleh tgk rupa dia mcm mana..

cHeRyNa PiReS said...

rumit jugak ayam penyek nieh...sha selalu makan..hentam jek:)

tp paling suka makan bila ada terung tuh...yummy betul:)

maiyah said...

mantap.. mkn kenyangggg

farra8979 said...

aiyo, yummy.. dh la lapar n x makan dr pg nih...

jalilah_jy said...

orang2 yg sabau jer leh memasak nasi ayam penyek ni.. inilah pertama kali akak dpt melihat resepinya.. sebelum ni akak pernah p makan di restoran nasi ayam penyek di SUNWAY PIRAMID dekat umah mak akak di pj..
TAPI bila dah tengok resepi ni.. byk betol langkah2 nya alamat kena p sekali lagi kat restoran tuuu... tak yah masak laaa hehehe.. sebab ada vitamin M besar ni... apa pun akak kopi n pasta ya.. maceh kongsi ilmu..

Anonymous said...

kecur air liur honeyz bila tengok nasi ayam penyek ni..

zarin said...

baru semalam mkn ayam penyet tp makan kat kedai je...rajinnya ena masak nasi ayam penyet ni ye...

sal said...

salam.nasi ayam penyek tu sesuai buat hidangan tgh hari..wah selera..

syak said...

waaa..rindu nak mam...cuti ni xdapat nk mam..klo x ari2 g mam nc aym penyet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...