Saturday, 8 May 2010

:-> Mee Hoon Goreng Seafood



Mee Hoon Goreng Seafood

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus mee hoon
  • 20 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit
  • sotong - dihiris halus
  • Sawi - dipotong kecil
  • kobis - dihiris halus
  • taugeh - dibuang ekor
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 bawang besar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam
Cara membuatnya :
  1. Rendam mee hoon di dalam air sehingga lembut.
  2. Sementara itu sediakan bahan-bahan lain.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kacau.
  5. Kemudian masukkan sotong dan udang, kobis.
  6. Masuk sedikit air untuk melembutkan mee hoon.
  7. Masukkan mee hoon dan sawi, kacau sebati.
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  9. Jika meehoon masih keras tambah sedikit air lagi.
  10. Bila hampir masak masukkan taugeh, balik-balikkan dan angkat.
Cara menghidang:
  1. Sediakan sambal kicap (kicap + cili api + perahan limau kasturi/ lemon/ limau nipis).
  2. Goreng telur mata atau telur dadar.
  3. Masukkan mee hoon goreng di dalam pinggan.
  4. Letakkan telur, sambal kicap dan keropok di atas meehoon.
  5. Sedia untuk di hidangkan. Selamat menjamu selera!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

6 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak!!! Mintak meehoon cikit! Sedapnyeeee...suke telur2 tuh...;)

psst..Akak, love guna FP lama, brand Panasonic MK-5086M. Sometimes guna juicemaker pun. hehe!

maiyah said...

kalo pedas lagik sodap hehe
slmt hr ibuu..

ijan said...

Cantiknye bihun goreng dia.. siap deco2 keliling dengan telur tu kreatif betul :)

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

aduh.. meleleh air liur ni.. nampak simple tp meehoon goreng memeang kegemaran saya. salam ziarah. bila anak kat mesir tanya nak masak apa, sekarang senang je saya jawap. buka blog ini. resepi mudah dan blh dimasak di mana sahaja. terima kasih.

Pecados da mesa said...

Olá;
Hummmmmm delicia!
BRAZIL!

kayteeze said...

Kak tie dah terpikat dengan presentation E-na... nanti nak tiru, ekekeke......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...