Sunday, 9 May 2010

:-> Roti Sandwish Mini Berwarna



Roti Sandwish Mini Berwarna
Bahan-bahan:
  • 210 ml air
  • 290 gram tepung roti
  • 16 gram gula
  • 6 gram susu tepung
  • 5 gram garam
  • 15 gram butter
  • 3 gram dry yeast
  • Pewarna merah dan hijau
  • loaf pan 23cm x 6cm
Cara-cara :
  1. Masukkan air ke dalam bread maker diikuti dengan susu tepung, butter, gula, garam, dan tepung roti.
  2. Buatkan sedikit lubang di atas tepung dan masukkan dry yeast.
  3. Pilih menu "Dough" dan on bread maker.
  4. Biarkan BM menguli sehingga siap.
  5. Bila sudah siap keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.
  7. Satu bahagian di warnakan hijau, satu bahagian diwarnakan merah dan biarkan 2 bahagian lagi tanpa warna.
  8. Leperkan doh yang berwarna putih dan masukkan ke dalam bread pan, diikuti dengan warna hijau diatasnya dan seterusnya merah. Akhir sekali masukkan doh yang berwarna putih.
  9. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  10. Sembur permukaan doh dengan sedikit air.
  11. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan di atas redai.
  13. Sedap di makan dengan milo panas atau di buat sandwish yang comel! Selamat mencuba..

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

13 comments:

miss hav0c said...

waaaa dahla tgh ngidam kek ni

Pecados da mesa said...

Hola E-na Zeferina;
Gracia por visitar y seguir Pecados da Mesa.
Su comida é deliciosa!
Beijo!
BRAZIL!!!

Maria Paula

indahhouse said...

salam kak E-Na,
cantik betul roti tu. tak sampai hati nak makan. hehe. tapi nak tapau juga.
Selamat hari ibu buat kak E-Na. Moga ceria selalu.. :)

kak Erna said...

salam ena..kalau tak de bread maker..camana nak buat jadi gebu roti tu..nampak cantik..dan dah tentu sedap.
ena..tepong roti ada ke jual kat supermarket biasa ...

Azmiezas said...

Amboi roti sandwich dia...rona-roni..comei gitew..hehehe..

kalau bagi anak akak makan ni,..sure dia suka..

cerita9sahabat said...

salam kak ena..comeinye roti tu..sy nk bungkus 1 loaf bley??? hehehe

maiyah said...

wah.. menarik kaler nyer

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ena..'selamat hari ibu'..nanti g umah atie ambil bunga yer.tp dh kebawah n3 yg ada bunga tue..cari tau...bwk blk...

NORAIN said...

sangat comel la roti akak tu, warna warni...geram saya tgk..

Kamsiah said...

nak mai mintak roti skit...kalau ada byk lg bagus...:)

E-na Zarina said...

miss havoc : pegi jer secret resepi mesti hilang mengidam tu...

pecados da mesa : hola maria, gracias y que vuelven!

indahhouse : wsalam nur..cantik utk di makan jgn tengok je..he he tq for the wish.

Kak Erna : Wsalam kak..akak boleh ikut cara kat sini..

http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2009/11/yaki-soba-pan.html

tepung roti ada jual kat supermarket kak...

Azmiezas : tu la bdk2 ni boleh ambik mkn gitu jer sbb berkenan kat colour tu..he he

cerita9sahabat : lorrr k.e-na buat 1 loaf jer...x sempat nak tapau la...ambik resepi tu balik uli yek..kikiki

maiyah : tq kak maiyah...akak sihat?

azatiesayang : E-na dah ambik n gantung kak..tq yer..

Norain : geram ye...mai jemput rasa...hehe

kamsiah : ala lambat la kak...dah abis!

EnO said...

mak aihh.. nmpakk sedapp nyerr.. yummyy2...
pandai akak buatt.. ishh.. kene tryy nie.. ehhehe

E-na Zarina said...

EnO : roti tawar lah EnO mana sedapnya kalau di buat sandwish ke roti sardin gulung ke baru sedap...kan! kan! kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...