Friday, 7 May 2010

:-> Terkoyak...... Patah ke???


Risau sungguh bila angin bertiup kencang. Kalau rumah bawah tahan sikit, ini level 6 bila angin bertiup kuat lagi terasa. Pokok-pokok E-na baru nak keluar putik kalau patah sayangnya... Ada letak pancang untuk menyokong tapi rasanya pancang pun boleh tumbang... planter box kan tak dalam so pancang pun tak boleh nak berdiri kuat.

Putik terung baru keluar.

Sedang E-na tengok-tengok pokok, selamatkan mana yang patut my youngest son tergelincir sikit dan jatuh atas pokok terung....huwaaaa pucuk terung ke bawah! patah ke???? cuba tegakkan semula...harap tak apa2... bawah putik buah tu yang terlentok dan dahan daun di atas tape tu cedera sikit. Daun terung tu pula koyak....

Daun yang terkoyak.

Sedikit perkembangan tentang n3 pokok-pokok yang lepas. Pokok kesum dan makin menjadi... E-na petik pucuknya kemudian bekukan dalam freezer senang bila nak guna nanti. Pokok Daun sup pun dah menghijau dan semakin tinggi.Sekarang sedang berfikir untuk mencari benda yang sesuai sebagai penghadang angin....berjayakah misi ku ini...nak tutup dengan apa ye???


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

22 comments:

Azmiezas said...

Ambik la kotak ke,..yg agak2 keras sikit,..pasang ke sekeliling pokok tu,..boleh tak??..hehehe..(akak x pernah duduk umah tinggi..so tak berapa reti nak bagi idea..)

zue said...

alahai sian nya Ena...tak dapet den nak tolong.

Zaitun said...

Rajin E-na taman pokok2 walau pun duduk tingkat 6, nak seribu dayakan, setengah tu tinggal atas tanah tapi keliling rumah penuh rum...put...

kak Erna said...

ena..nak buat camana ye..dok tinggi..lepas tu..kat negara orang..ada musim angin kuat ke..ada jaring tak..yang warna hijau tu..tak bolih letak plastik ke..ape yang tak berlobang..lagi bahaya nanti..ena terong apa tu..panjang ke bulat..

AdryDaud said...

Mak aii..gemuknye pkk terung e-na ni.Tnh negara Jepun mmg jns subur la kot. Ni sy nk bg sdkt tip atau idea utk slmtkn pkk dr tumbang. Gna tali sbg sokongan utk pkk terung tu.

kayteeze said...

Wah... bagusnya ! kak tie suka bab cucuk tanam ni. Nampak subur je. Kesian pokok tu. Nanti bubuh handyplast, ya Ena...

Kak tie tengok entry terdahulu , Ena masak gulai nangka. Macam mana Ena dapat nangka tu ? Import dari Malaysia ke ?

Tihara said...

owh..terung awak dah berjaya membesar...terung kak baru nak naik..suka tengok serai, makin bercambah..seronok kan ena tanam2 pokok ni

ain said...

rajinnya dia tnm sayur2an. umah akak ni tnm la aper je, gtee hidup segan mati tak mau.hihihi

psst...lemak nangka ada lg ke?? nk sikit.

fzi said...

Salam E-na...
Akak dah post resepi karipap fzfrozen macam yang janji dekat e-na hari tu...jemput ke blog akak k :)

maiyah said...

siannya dia.. masih bleh di selamatkan xpe le

E-na Zarina said...

Azmiezas : kotak kena ujan basah lembik kak...tgh pk nak cari penghadang yang sesuai la ni...E-na pun 1st time dok umah tinggi ni...pastu gatai nak berkebun juga..padan muka!

E-na Zarina said...

zue : xpe zue dtg jenguk pun dah tima kasih...

E-na Zarina said...

Zaitun : minat punya pasal akan ku redah...(nanti nak balik mula lah pk kat mana nak buang tanah2 ni semua...ada E-na angkut tanah jepun ni bawa balik mesia!)

E-na Zarina said...

Kak Erna :
plastik yer...errmmmm nanti wekend ni E-na g cari kat home center...ada masa angin kuat sangat...sampai dgr lah deruannya tu...tu terung panjang kak...

E-na Zarina said...

AdryDaud : tu lah dah tape kat batang tu cuma x cukup utk menahan angin yg lebih kuat...kena pagar tepi dinding tu juga rasanya...

E-na Zarina said...

kayteeze : ada handyplast utk pokok ye kak..:-p ...setiap saat ketika nak tgk perkembangan pokok tu kan...kali ni lagi senang sbb sebelah sliding kat balkoni je x perlu kuar umah pun boleh petik...he he
pssst : ala kak nangka muda dlm tin je..product of thailand.

E-na Zarina said...

Tihara : ooo ye ke...sronok2! nanti update citer terbaru pokok2 akak ye...boleh share...

E-na Zarina said...

ain : dah minat kak ke mana pegi pun nak menanam walaupun sikit...ala akak lambat la dah abis sekali serang je gulai nangka tu!

E-na Zarina said...

fzi : ok kak E-na g skrg juga!!! yeeeeeaaa tq kak!!

E-na Zarina said...

maiyah : tu lah kak harap2 tak mati pucuk dia tu...

MAS ( DUNIAKU ) said...

suburnya pokok e-ne, mas pun duduk rmh bertingkat2, tingkat 3, tpi tak ada blkoni la, tak ada tempat nk ltk pasu,kena tunggu suami pencen baru nak buat projek berkebun sbb dh duduk rumah taman,susah kan rumah tingkat2 ni..

E-na Zarina said...

Mas (duniaku): balkoni ciput utk sidai kain jer...kena bersempit2 la bila nak menyidai! ;-P
xpe nnt dok umah bawah mas boleh tanam mcm2 kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...